[PERSPEKTIF] SAYA MAHU KEKAL BERSAMA ARSENAL – SZCZESNY

Wojciech-Szczesny-Arsenal-2013Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny kini dikaitkan dengan spekulasi perpindahan keluar dari Stadium Emirates selepas diketepikan dalam dua kunjungan terakhir ke Munich dan Swansea menyaksikan The Gunners berjaya mencatatkan kemenangan dengan mengekalkan rekod tanpa bolos. Arsene Wenger dilaporkan sudah hilang kepercayaan terhadap penjaga gol berusia 22 tahun itu selepas gagal mempamerkan aksi yang konsisten sepanjang musim ini.

Posisi Szczesny dalam kesebelasan utama Arsenal diisi oleh rakan senegaranya, Lukasz Fabianski. Namun, penjaga gol kelahiran Warsaw, Poland itu menolak spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates dan menegaskan dirinya akan terus kekal bersama Arsenal. Malah, Szczesny menegaskan dirinya akan mempertingkatkan prestasi untuk merampas kembali kedudukannya dalam kesebelasan utama The Gunners.

szczesny-miss-trip-to-montpellier“Saya terlalu gembira untuk pergi ke mana-mana. Saya percaya dengan falsafah kelab dan Arsenal akan kembali mencatatkan kemenangan,” kata Szczesny kepada Sky Sports.

“Saya mempunyai hutang yang harus dilangsaikan kepada kelab. Saya berhutang dengan mereka. Saya tidak mahu pergi ke mana-mana selagi mana mereka masih memerlukan saya di sini. Dan saya masih mempunyai kontrak sehingga Jun 2015.”

Wojciech Szczesny menegaskan dirinya dan rakan-rakan sepasukan Arsenal yang lain akan berusaha meningkatkan prestasi untuk menamatkan liga di kelompok empat pasukan terbaik musim ini. Dengan berbaki 9 perlawanan, Arsenal kini berada di kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris dengan meraih 50 mata di belakang Manchester United (74 mata), Manchester City (59 mata), Chelsea (55 mata) dan Tottenham Hotspurs (54 mata).

“Ia akan menjadi bencana jika (Arsenal) tidak berada selaku 4 pasukan terbaik dan tanpa aksi Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Kami bakal mengharungi 9 perlawanan penting dalam karier kami. Kami akan mengharungi detik-detik sukar buat pertama kali sejak saya berada di sini,” kata penjaga gol berusia 22 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply