[PERSPEKTIF] PERTAHANAN ARSENAL KINI LEBIH BAIK – MERTESACKER

per-mertesacker-arsenal-defender-more-betterPer Mertesacker mengakui bahawa barisan pertahanan Arsenal kini beraksi dengan perspektif berbeza. Barisan pertahanan The Gunners dikritik hebat ekoran kekalahan 1-2 kepada Spurs kerana melakukan dua kesilapan mudah menyaksikan Gareth Bale dan Aaron Lennon berjaya membolosi gawang Arsenal. Pertahanan antarabangsa Jerman itu mengakui bahawa mereka sudah bangkit dengan membantu mencatatkan dua kemenangan penting serta mengekalkan rekod tanpa bolos dalam dua perlawanan terakhir.

Arsenal berjaya merobek ego Bayern Munich apabila menewaskan kelab gergasi Jerman itu 2-0 di Allianz Arena minggu lalu namun gagal untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir ekoran peraturan gol di tempat lawan. The Gunners sekali membuktikan kecemerlangan dengan menewaskan Swansea 2-0 di Stadium Liberty dalam saingan Liga Perdana Inggeris sekaligus mencerahkan peluang untuk menghuni kelompok empat pasukan terbaik.

Pertahanan tinggi lampai berusia 28 tahun itu mendedahkan bahawa barisan pertahanan telah melakukan sedikit kajian dengan menonton kembali video perlawanan bagi mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Kaedah dilihat berjaya memberi impat posistif kepada rangkaian pertahanan Arsenal yang dilihat lebih terampil dan tenang menyerap setiap asakan lawan.

Arsenal-vs-Bayern-Munich-19-Feb-2013“Kami melakukan (ini) sebelum setiap perlawanan,” kata Per Mertesacker.

“Tetapi pertahanan telah melakukan tugas dengan baik dan saya rasa kami telah menunjukkan peningkatan. Kami melihat kembali diri kami di dalam televisyen (video) dan saya rasa itu merupakan satu perkara yang baik kerana kadang kala kami memerlukan pendangan berbeza di atas padang.”

“Perkara yang paling penting ialah kami belajar bagaimana untuk melindungi antara satu sama lain. Terdapat banyak situasi di mana tiada tekanan terhadap back four yang tidak bersedia terhadap serangan lawan ke atas kami.”

“Kami sentiasa menonton video. Tetapi itu bukan isunya. Kadang kala kami bagus untuk memelihat situasi dan saya rasa sangat penting bagi perlawanan menentang Tottenham di mana ia telah menjelaskan segala-galanya,” kata Mertesacker lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply