[PERSPEKTIF] MACIEJ SZCZESNY BIDAS TINDAKAN ARSENE WENGER

Maciej-Szczesny-with-Wojciech-SzczesnyMaciej Szczesny percaya bahawa Arsene Wenger harus dipersalahkan ekoran penurunan prestasi anaknya, Wojciech Szczesny. Penjaga gol Arsenal berusia 22 tahun itu mengharungi detik-detik sukar ke belakangan sebelum digantikan dengan rakan senegaranya, Lukasz Fabianski. Pengurus Arsenal itu tidak menyenaraikan Szczesny dalam kunjungan ke Munich dan Swansea menyaksi Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 serta mengekal rekod tanpa bolos.

“Wenger sudah mula mencari kambing hitam. Itu bukan cara yang betul untuk seorang pengurus berkelakuan,” kata Maciej kepada Przeglad Sportowy.

“Wojciech mengalami dua kecederaan yang serius. Dia bermain sekali pada April dan Mei (tahun lalu). Dia tidak bersetuju utnuk bermain pada ketika itu tetapi pengurus mahukannya.”

“Wojciech tidak menjalani latihan sepanjang minggu dan hanya memanaskan badan pada hari Jumaat sebelum diturunkan beraksi pada hari Sabtu. Dia secara semulajadi mudah terpengaruh dengan kecederaan ringan dan prestasinya akan menurun.”

wojciech-szczesny-returns-from-injury“Wenger seharusnya menurunkan seorang pemain muda yang mempunyai kesihatan yang baik dan Wojciech telah diperbodohkan. Pada pendapat saya, Wenger telah mengeruhkan keadaan pada April dan Mei lalu.”

“Dan pada Ogos lalu, dia mengalami kecederaan kaki (buku lali) selepas dia beraksi dengan kerap. Wojciech telah diketepikan selama 7 minggu selepas itu dan hanya menjalani latihan selama 7 hari sebelum kembali beraksi dalam kesebelasan utama. Bagaimanakan dia mampu beraksi di tahap terbaik?”

“Ini adalah tempoh terakhir yang tidak berjaya untuk Wojciech, hakikat bahawa Arsene Wenger tidak membawanya ke Munich untuk menunjukkan sesuatu.”

“Walau bagaimanapun , saya rasa anak saya (Wojciech) akan menjadi penjaga gol nombor satu untuk sepuluh tahun akan datang. Dia hanya perlu kembali ke prestasinya kembali dan itu menjadi situasi di mana kita tidak dapat menghentikan kehebatannya, kata Maciej lagi.

Maciej Szczesny telah meraih 7 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Poland serta membantu Legia Warsaw mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 1995-96 menegaskan Arsene Wenger harus bertanggungjawap dengan persembahan anaknya, Wojciech Szczesny.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply