[PERSPEKTIF] KEMENANGAN KE ATAS BAYERN BERI KEKUATAN BUAT ARSENAL – CAZORLA

Bayern Munich's Gustavo is challenged by Arsenal's Cazorla during their Champions League round of 16 second leg match in MunichSanti Cazorla percaya kemenangan 0-2 ke atas Bayern Munich di Allianz Arena awal pagi Khamis lalu bakal memberi lebih keyakinan dan kekuatan untuk meraih kedudukan keempat terbaik liga. Namun, jaringan daripada Olivier Giroud dan Laurent Koscielny itu gagal membantu Arsenal melayakan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah berdasarkan peraturan gol di tempat lawan lantaran kekalahan 1-3 di Stadium Emirates pada 19 Februari lalu.

Arsenal kini berada di kedudukan kelima liga dan bergelut untuk meraih slot beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan lantaran saingan Liga Perdana Inggeris hanya berbaki 10 perlawanan. Pemain antarabangsa Sepanyol ini gembira dengan persembahan semasa The Gunners dan yakin untuk meraih tiga mata berharga dalam kunjungan ke Swansea, Sabtu ini.

“Apa yang positif selepas tamat perlawanan di mana kami menentang salah satu pasukan pilihan dalam Liga Juara-Juara Eropah dan memenangi di gelanggang mereka,” kata Cazorla kepada Arsenal Player.

“Pasukan kami akan meneruskan momentum dari perlawanan ini. Kami harus menggunakan perlawanan sebagai contoh kepada perlawanan akan datang da kami akan cuba beraksi cemerlang seperti yang kami lakukan ketika menentang Bayern.”

Miguel-Michu-Arsenal-vs-Swansea“Pasukan Swansea merupakan sebuah pasukan ang kuat termasuk kehadiran Michu. Saya mengenalinya sejak kami masih remaja dan dia merupakan seorang pemain yang akan memberi perbezaan. Dia telah menjaringkan banyak gol.”

“Mereka (Swansea) bakal menghadapi kesukaran untuk menentang (Arsenal) walaupun mereka bermain dengan baik. Michael Laudrup mempunyai falsafah yang hebat untuk disaksikan oleh penyokong-penyokong.”

“Kami berharap kami dapatt beraksi baik daripada mereka dan bagi kami adalah sangat penting untuk meraih mata penuh,” kata Cazorla lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply