[PERSPEKTIF] JUPP HEYNCKES SEDAR ANCAMAN THE GUNNERS

Jupp-Heynckes-worry-about-ArsenalPengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes memberi amaran kepada pemain-pemainnya menjelang pertemuan aksi timbal balik di laman sendiri awal pagi esok meskipun membawa bekalan selesa hasil kemenangan 1-3 di Stadium Emirates 3 minggu lalu. Namun, The Bavarians masih dibayangi kekalahan kepada kelab Inggeris, Chelsea dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu di Allianz Arena, Munich.

“Tahun lepas Arsenal tewas 4-0 (di Milan), kemudian mereka menang 3-0 dalam perlawanan kedua – mereka mampu menang 4-0, mereka telah mencipta banya peluang, ia membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang handal.” kata Heynckes kepada sidang media.

“Saya amat menghormati Arsene Wenger. Dia adalah pengurus yang terbaik dan Arsenal mempunyai semangat perjuangan. Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang baik di padang kami, jadi kami harus berwaspada.”

“Arsene Wenger amat kreatif dan mahir tentang bola sepak. Permainan Arsenal adalah antara yang terbaik dalam England untuk beberapa tahun ini. Dia merupakan antara pengurus terbaik dan saya sedih jika beliau tidak terlibat lagi dengan sukan ini.”

“Mungkin mereka tidak mendapat banyak trofi tetapi corak permainan mereka amat menarik. Arsenal mempunyai ramai pemain yang bertaraf dunia, ada yang telah berpindah dan ada yang baru masuk.

frank-ribery-arsenal-vs-bayern-munichSementara itu, Bayern Munich bakal turun menentang Arsenal tanpa khidmat Frank Ribery dan Holger Badstuber yang mengalami kecederaan manakala Bastian Schweinsteiger dan Jerome Boateng menjalani pengantungan. Pemain sayap Belanda, Arjen Robben pula dalam keraguan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Dusseldorf. Kapten pasukan Bayern, Philipp Lahm menegaskan bahawa pasukannya tidak boleh terlalu yakin meskipun memiliki bekalan selesa.

“Kami tahu kemampuan kami dan kami amat yakin tetapi kami tidak jangka yang kami akan menang semua perlawanan,” kata pertahanan antarabangsa Jerman itu.

“Kami perlu bekerja keras dan harus fokus. Sudah tentu Arsenal harus menyerang, tetapi kami juga patut menyerang demi menjaminkan kemenangan,” kata Lahm lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply