[PERSPEKTIF] INI BUKAN MISI MUSTAHIL – WENGER

arsene-wenger-new-hope-in-2013Arsene Wenger mengakui pemain-pemain Arsenal lebih tenang dan tanpa sebarang tekanan menjelang aksi kedua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich di Allianz Arena meskipun ketinggal 1-3 secara aggregat. Pengurus Arsenal itu melaungkan keyakinan bahawa The Gunners masih mampu mencipta kejutan jika berjaya memberi persembahan yang terbaik dalam perlawanan awal pagi Khamis (waktu Malaysia) nanti.

“Ini bukan misi mustahil. Ia mampu menjadi kenyataan jika pemain-pemain memberikan komitmen 100%, semangat juang yang tinggi dan melupakan perkara yang sudah berlaku,” kata Arsene Wenger.

“Di sini kami (merasakan) untuk bermain dengan bebas. Ayuh bermula dengan mantap. Kami perlu menghasilkan keraguan di minda mereka dan kami mampu melakukannya.”

“Peluang untuk kami mewujudkan situasi kurang selamat Bayern ketika ini. Itu yang perlu kami lakukan jika berjaya melakukan dengan terbaik.”

“Kami banyak berlatih dan cukup bersedia untuk perlawanan ini. Kami berjaya keluar dari situasi yang penuh dengan tekanan. Mental kami cukup baik dengan menghirup udara yang lebih segar,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Arsene-Wenger-local-player-more-loyalNamun, tindakan Arsene Wenger mengenepikan penjaga gol utama, Wojciech Szczesny selain sudah kehilangan Jack Wilshere, Lukas Podolski dan Bacary Sagna kerana kecederaan menimbulkan pelbagai persoalan di benak penyokong The Gunners. Pengurus Arsenal itu dikhabarkan mahu mereka beberapa tonggak yang lain termasuk Santi Cazorla, Theo Walcott dan Per Mertesacker dalam kesebelasan utama menentang Bayern Munich nanti.

Percaturan ini dilihat petanda bahawa Arsene Wenger sudah mengangkat bendera putih dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sebaliknya mahu fokus kepada saingan Liga Perdana Inggeris menentang Swansea hujung minggu nanti. Arsenal kini berada di kedudukan kelima liga dan berusaha untuk memburu posisi empat terbaik dalam liga bagi meraih slot kelayakan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply