[PERSPEKTIF] GARETH BALE BUKAN ANCAMAN UTAMA – WENGER

arsene-wenger-2013-007Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengatakan tidak akan memberi tumpuan khusus untuk mengekang pergerakan Gareth Bale yang dilihat cukup berbahaya menjelang pertembungan North London Derby hujung minggu ini. Pemain sayap Spurs itu berada di prestasi terbaik dengan menjaringkan 8 gol dalam 6 perlawanan terakhir dan turut disamakan dengan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Arsenal kini hanya empat di belakang Tottengam Hotspurs yang berada di posisi ketiga liga dengan 51 mata namun kemenangan hujung minggu ini akan meletakan The Gunners semakin hampir dengan kedudukan 4 pasukan terbaik liga. Namun, Wenger tidak memandang Gareth Bale sebagai ancaman utama Arsenal meskipun pemain kelahiran Wales itu berjaya menjaringkan 19 gol daripada 32 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

“Kami tidak merancang untuk mengawa sesiapa – termasuk Bale. Ia sentiasa sama, fokus kepada kekuatan sendiri dan mengabaikan lawan kami,” kata Wenger kepada Sky Sports.

“Tiada seorang pun pemain yang istimewa yang kami akan hadapi. Setiap pemain memiliki kualiti yang berbeza.”

“Apa yang penting sebagai seorang pengurus ada kekal fokus dan hal itu tidak pernah berubah dalam 15 tahun terakhir.”

“Kami mahu memastikan pemain-pemain berada dalam prestasi terbaik, melaksanakan tugas dengan sempura dan fokus dengan permainan bola yang kami sukai.”

“Apa yang penting sebelum perlawanan penting seperti ini adalah kekal fokus dengan permainan sendiri dan melupakan yang lain,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply