[PERSPEKTIF] BAYERN MUNICH MASIH WASPADA ANCAMAN ARSENAL

daniel-van-buyten-vs-arsenalMenjelang aksi kedua perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, Bayern Munich mengakui mereka masih belum dalam situasi selesa dan waspada dengan ancaman Arsenal. Meskipun memiliki bekalan selesa hasil kemenangan 3-1 di Stadium Emirates serta kelebihan beraksi di laman sendiri namun The Bavarians masih menganggap tugas sukar melayan kunjungan Arsenal di Allianz Arena, Munich pada 14 Mac ini.

Musim lalu, The Gunners tewas 0-4 kepada AC Milan dalam pertama namun hampir mencipta kejutan dengan menewaskan skuad bimbingan Massimiliano Allegri 3-0 di Stadium Emirates pada perlawanan timbal balik. Hakikat ini diakui oleh pertahanan Bayern Munich, Daniel Van Buyten yang memberi amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah kepada Arsenal dalam perlawanan kedua di Allianz Arena nanti.

“Kami sedar fakta bahawa kami kini berada pada tahap di mana setiap lawan bakal memberikan ujian sukar tanpa mengambil kira apa yang diperkatakan oleh pakar dan statistik,” kata pertahanan antarabangsa Belgium itu.

“Jika kami hadir dalam perlawanan dengan menganggap ia akan menjadi mudah, sebenarnya ia akan menjadi perlawanan yang sukar.”

frank-ribery-arsenal-vs-bayern-munichMeskipun Bayern Munich diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir dengan memiliki prestasi yang konsisten menentang Arsenal yang masih tercari-cari rentak sebenar namun barisan pemain The Bavarians cukup menghormati cabaran yang bakal diberikan oleh Arsenal nanti. Situasi ini turut diakui oleh bintang tengah Bayern, Frank Ribery yang terkejut dengan kejayaan 1-3 pasukannya menewaskan Arsenal dua minggu lalu.

“Kami tak fikir perlawanan (menentang Arsenal) akan menjadi begitu mudah. Kami tahu mereka menghadapi sedikit masalah dalam saingan liga, mungkin mereka kurang keyakinan diri,” kata pemain tengah kelahiran Perancis itu.

“Tetapi kami berasa OK dan gembira dengan keputsan yang diperolehi itu. Kami semua perlu berkerja keras dengan penuh keazaman untuk bermain di tahap terbaik dan bertahan bersama.”

“Ini sangat penting untuk meneruskan kemaraan. Kami perlu mengulangi prestasi ini di perlawanan kedua nanti. Kami berada dalam keadaan yang baik untuk mara ke suku akhir. Tiada yang pasti dalam bola sepak,” kata Ribery lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply