[PERSPEKTIF] BACARY SAGNA BANYAK MEMBANTU SAYA – BELLERIN

Arsenal U19 v PFC CSKA U19 - NextGen Series Quarter FinalBek kanan muda, Hector Bellerin memuji pengaruh besar Bacary Sagna ke atas dirinya apabila berjaya mempamerkan aksi mantap bersama skuad Arsenal B-19. Pemain berusia 18 tahun itu mengakui dirinya banyak belajar daripada bek kanan berpangalaman, Bacary Sagna. Bellerin telah memberi sumbangan penting dengan menghasilkan assist buat Serge Gnabry menjaringkan gol kemenangan Arsenal menewaskan CSKA Moskow 1-0 pada peringkat suku akhir NextGen Series 2012/13.

Pemain kelahiran Barcelona, Sepanyol ini menyertai Arsenal pada musim panas 2011 selepas sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama The Catalan. Bellerin yang telah menunjukan persembahan mantap dan bertenaga sejak tiba di London Colney dan mula diserap ke dalam skuad simpanan Arsenal. Bek kanan muda ini berjaya menarik perhatian Arsene Wenger dan dijangkan bakal diserap ke dalam skuad utama Arsenal musim hadapan.

“Saya telah berlatih (dengan skuad utama Arsenal) beberapa kali. Itu sangat bagus dapat terlibat dengan pemain-pemain terbaik dan saya sangat gembira setiap kali diberi peluang,” kata Bellerin kepada London24.

“Sagna sentiasa memberikan contoh teladan kepada saya kerana dia sememangnya seorang bek kanan yang bagus.”

“Dia sentiasa berhubung dan banyak membantu saya atas segalanya. Itu merupakan pengalaman yang hebat untuk berlatih bersama dia.”

Dengan situasi Bacary Sagna yang masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal serta hangat dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates, peluang Bellerin untuk diserap ke dalam skuad utama tampak cerah. Setakat ini, Carl Jenkinson yang menyertai Arsenal pada Jun 2011 dari Charlton Athletic dilihat sebagai calon terbaik bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Bacary Sagna.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply