[PERSPEKTIF] ARSENAL MILIKI KELEBIHAN PENGALAMAN – ROSICKY

Tomas-Rosicky-Arsenal-2012Pemain tengah berpengalaman, Tomas Rosicky melaungkan keyakinan bahawa Arsenal bakal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok 4 pasukan terbaik musim. Skuad bimbingan Arsene Wenger kini berada di kedudukan kelima liga selepas 29 perlawanan setakat ini dengan meraih 50 mata di belakang Manchester United (74), Manchester City (59), Chelsea (55) dan Tottenham Hotspurs (54).

Kapten kebangsaan Republik Czech yang berusia 32 tahun itu menegaskan bahawa pengalaman besar dan luas yang dimiliki The Gunners bakal menjadi nadi kekuatan untuk terus berjuang hingga ke penghujung musim. Arsenal kini berada di ambang musim kelapan tanpa kejuaraan sejak kali terakhir menjulang Piala FA pada 2005 selepas tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA dan Piala Capital One.

“Itu adalah apa yang saya harakan akan terjadi iaitu kami berada di posisi itu (4 terbaik),” kata Tomas Rosicky menerusi program Arsenal Official Matchday.

“Pastinya ini merupakan satu tugas berat tetapi kelebihan kami kerana memiliki pengalaman yang sama seperti tahun lalu. Kami tahu perkara ini mungkin akan terjadi tetapi kami harus mampu konsisten.”

Arsene-Wenger-local-player-more-loyalDalam masa yang sama, Arsene Wenger turut sependapat dengan Rosicky di mana pengalaman bakal menjadi kunci kejayaan Arsenal untuk memburu kelompok 4 pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris. Meskipun sering berdepan prestasi tidak menentu namun kejayaan menundukan Bayern Munich dan Swansea City dalam dua perlawanan terakhir bakal memnjadi inspirasi utuk menghabiskan baki perlawanan musim ini.

“Kami (Arsenal) hanya mahu terus pamerkan aksi terbaik,” kata Wenger menjelang perlawanan menentang Reading malam ini.

“Perlawanan menentang Bayern dan Swansea menjadi inspirasi kebangkitan (Arsenal). Masih ada 9 perlawanan. Kami akan bermain lima perlawanan di laman sendiridan empat perlawanan di tempat lawan.”

“Berbekalkan aksi menentang Bayern dan Swansea, saya yakin peluang kami untuk mengakhiri musim pada empat kedudukan teratas cerah.”

“Kami memiliki pengalaman yang luas, ada keinginan yang luar biasa untuk mencapainya bersama-sama. Ini peluang terbaik kami kerana kami memiliki laluan yang lebih cerah. Kami harus menggunakan kesempatan yang ada,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Comments are closed.