[PERPSEKTIF] WANG BUKANLAH PENENTU KEJUARAAN – WENGER

money-cant-solve-the-problem-arsene-wengerDi sebalik keuntungan besar yang dicatatkan oleh Arsenal, Arsene Wenger dikhabarkan bakal mendapat dana yang besar pada jendela perpindahan musim panas nanti. Namun, pengurus Arsenal berbangsa Perancis itu menegaskan bahawa wang bukanlah kunci utama kejayaan sesebuah pasukan dalam memburu kejuaraan di mana kelab-kelab kaya seperti Chelsea dan Manchester City juga tidak memenangi kejuaraan setiap tahun.

Awal minggu ini, Arsenal mengumumkan laporan kewangan yang semakin mengukuh dengan mencatatkan lebihan berjumlah £123 juta. Ini akan memberikan The Gunners kekuatan untuk bersaing di pasaran perpindahan musim panas nanti. Namun, Arsene Wenger kini dihimpit tekanan demi tekanan selepas semakin hampir menamatkan musim kelapan tanpa kejuaraan sejak kali terakhir pada Mei 2005.

“Jika anda berbicara mengenai jumlah (wang), seharusnya Chelsea dan Manchester City akan menjadi juara setiap tahun,” kata Wenger baru-baru ini.

“Saya tidak melihat bagaimana (wang di bank) akan membantu kami memenangi perlawanan pada Ahad ini. Tiada pasaran perpindahan pemain ketika ini, jadi saya tidak akan duduk di sini untuk memikirkan berapa banyak wang yang akan dibelanjakan.”

“Apa yang penting bagaimana kami  akan memenangi perlawanan (Spurs) hujung minggu ini.”

“Nilai utama bagi sesebuah pasukan ialah di mana anda menamatkan saingan dalam kejuaraan. Kita boleh lihat bagaimana kami bakal menamatkan dan kami lihat bagaimana kami akan mengukuhkan pasukan untuk kembali mencabar kejuaraan,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply