[PERPINDAHAN] WENGER NAFI KEPULANGAN ALEX SONG KE ARSENAL

Kepulangan Alexandre Song Bilong ke Stadium Emirates tidak akan menjadi kenyataan selepas Arsene Wenger enggan menerima kembali pemain antarabangsa Cameron berusia 25 tahun itu. Alex Song yang berdepan kesukaran untuk mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama Barcelona selepas melengkapkan perpindahan ke Nou Camp pada 25 Ogos 2012 dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta.

Musim ini, Alex Song hanya bermula 9 kali dalam kesebelasan utama serta 14 kali hadir selaku pemain gantian bersama kelab Catalan itu. Lantaran itu, Alex Song dikhabarkan mahu kembali bergabung bersama The Gunners bagi mengembalikan prestasinya namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah kelahiran Kenya, Victor Wanyama yang kini beraksi bersama kelab Scotland, Celtic.

Pemain berusia 21 tahun cemerlang ketika membantu Celtic menewaskan Barcelona 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. Selain Arsenal, Manchester United juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Victor Wanyama yang dianggarkan bernilai sekitar £10 juta. Pemain muda Kenya itu merupakan tonggak utama Celtic dan telah beraksi dalam 43 perlawanan dengan menjaringkan 8 gol setakat ini.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply