[PERPINDAHAN] MERTESACKER NAFI KEPULANGANNYA KE JERMAN

Per-Mertesacker-Arsenal-v-Stoke-City-2013Per Mertesacker kini hangat dikaitkan dengan kepulangan ke Jerman untuk beraksi bersama kelab Bundesliga, VfL Wolfsburg. Namun, pertahanan antarabangsa Jerman itu menegaskan dirinya masih mahu terus menyarung jersi Arsenal dan hanya tersenyum ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan ke VfL Wolfsburg. Terdahulu, Mertesacker menyertai Arsenal pada 31 Ogos 2011 dari Werder Bremen dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £8 juta.

Spekulasi mengenai kepulangan Mertesacker ke Jerman diperkuatkan dengan kenyataan pengarah sukan VfL Wolfsburg, Kalus Allofs yang berminat untuk mendapatkan pertahanan Arsenal berusia 28 tahun itu jika Arsenal mahu melepaskannya. Pertahanan Arsenal yang memiliki ketinggian 1.98m itu memulakan karier awal bersama TSV Pattensen sebelum berhijrah ke Hannover 96 dan Werder Bremen. Namun, Mertesacker menegaskan dirinya mahu terus kekal di Stadium Emirates.

per-mertesacker-goal-vs-tottenham-hotspurs“Pastinya, saya mengetahui (kenyataan Allofs). Tetapi saya membalasnya dengan senyuman,” kata Mertesacker kepada Sport Bild Plus.

“Semua orang termasuk keluarga saya terus menghubungi saya dan bertanyakan apa yang telah berlaku. Pastinya saya memiliki hubungan yang baik dengan Klaus Allofs.”

“(Tapi) saya tidak akan mempertimbangkan untuk kembali ke Jerman. Saya masih ingin terus kekal di England dan Arsenal selama mungkin,” kata pertahanan berusia 28 tahun itu lagi.

Januari lalu, Hannover 96 telah menandatangani seorang lagi pertahanan Arsenal, Johan Djourou secara pinjaman hingga ke penghujung musim ini dan dikhabarkan mahu memuktamadkan selaku pemain tetap pada jendela perpindahan musim panas ini. Dalam masa yang yang sama, Arsenal turut dikaitkan dengan beberapa pemain pertahanan yang bakal dibawa masuk pada musim panas akan datang termasuk Ashley William (Swansea) dan Fernando Amorebieta (Atletico Bilbao).

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply