[PERPINDAHAN] KOSCIELNY MAHU TERUS KEKAL BERSAMA ARSENAL

Laurent-Koscielny-want-stay-in-EmiratesLaurent Koscielny menafikan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates pada musim panas ini. Musim ini, pertahanan berusia 27 tahun menjadi pilihan ketiga dalam skuad utama Arsenal selepas Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker namun Koscielny menegaskan dirinya gembira dengan kehidupan di London dan akan terus berjuang untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Gunners.

Pertahanan antabangsa Perancis itu menyertai Arsenal dari kelab Ligue 1, Lorient pada 7 Julai 2010 dengan yuran perpindahan bernilai £8.5 juta. Sehingga kini, Koscielny sudah melakukan 108 penampilan dengan menjaringkan 9 gol bersama Arsenal. Pemain yang berdarah Perancis-Poland ini telah menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang pada musim panas lalu untuk terus kekal bersama The Gunners.

“Saya masih memiliki kontrak berbaki empat tahun pada Jun lalu,” kata Koscielny yang kini mejalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Perancis.

“Saya berasa bagus bersama kelab (Arsenal). Mereka menaruh kepercayaan kepada saya.”

“Jika setiap kali saya kurang bermain, saya akan mengubah kelab itu merupakan satu perkara yang mengarut. Saya gembira di London, begitu juga dengan keluarga saya. Saya tidak mahu berbicara mengenainya,” kata pertahanan berusia 27 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply