[PERPINDAHAN] JUVENTUS, ATLETICO MAHUKAN LUKAS PODOLSKI

lukas-podolski-schalke-vs-arsenalJuventus dan Atletico Madrid berminat untuk mendapatkan penyerang Arsenal kelahiran Jerman, Lukas Podolski dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar £15 juta pada jendela perpindahan musim panas akan datang. Meskipun baru menyertai The Gunners pada musim panas lalu, penyerang berusia 27 tahun itu berjaya menjaringkan 13 gol dan menghasilkan 10 assist dalam 34 perlawanan setakat ini.

Aksi yang cemerlang dan konsisten dipamerkan oleh Prinz Poldi itu menyaksikan kelab gergasi Itali itu komited untuk menandatanganinya. Keyakinan The Old Lady memuncak dengan bersedia menawarkan gaji yang lebih lumayan berbanding yang diterima oleh Podolski di Arsenal. Bekas penyerang FC Koln dan Bayern Munich itu menerima gaji £100,000 seminggu selepas menandatangani kontrak 4 tahun bersama Arsenal pada Mei 2013.

Di samping itu, tindakan Arsene Wenger yang menyisihkan penyerang antarabangsa Jerman itu di bangku simpanan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini bakal dimanfaatkan oleh Juventus dalam usaha memikat Podolski. Selain itu, Atletico Madrid juga turut menyatakan minat untuk mendapatkan penyerang Arsenal berusia 27 tahun ekoran berdepan kemungkinan bakal kehilangan penyerang prolifik Columbia, Radamel Falcao.

Nicklas-Bendtner-Arsenal-2010Sementara itu, Hamburger SV dilaporkan bersedia untuk menandatangani penyerang bermasalah Arsenal, Nicklas Bendtner. Penyerang antarabangsa Denmark berusia 25 tahun itu yang dipinjamkan ke Juventus kini menjalani pengantungan selama 6 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Kelab Bundesliga yang berpangkalan di Hamburg terus berusaha untuk mendapatkan khidmat Bendtner selepas gagal menandatanganinya pada musim panas yang lalu.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply