[PERPINDAHAN] ISCO SASARAN ARSENAL MUSIM PANAS INI

Isco-Spaniard-Golden-Boy-Award-2012Arsenal menjadikan pemain muda Malaga, Isco sebagai pemain sasaran utama pada musim panas akan datang lantaran memiliki dana besar berjumlah £70 juta bagi mengukuhkan pasukan. Isco atau nama penuh Francisco Roman Alarcon Suarez beberapa kali menjadi sasaran Arsene Wenger meskipun berdepan dengan saingan beberapa kelab utama Eropah yang turut mengintai aksi pemain muda kelahiran Malaga, Sepanyol itu.

Namun, Arsenal dilihat memiliki kelebihan untuk mengadakan perbincangan awal untuk mendapatkan Isco lantara berjaya mendapatkan dua pemain Malaga, Santi Cazorla dan Nacho Monreal. Terdahulu, The Gunners berjaya menandatangani Cazorla pada musim panas lalu sementara Monreal tiba di Stadium Emirates pada awal Februari lalu. Arsenal sudah beberapa kali menghantar ketua peninjau kelab, Steve Rowley ke Sepanyol untuk memantau dan memerhati lebih dekat aksi pemain muda berusia 20 tahun itu.

Isco yang dipilih selaku penerima Anugerah Golden Boy bagi tahun 2012 di mana anugerah itu diberikan pemain muda Eropah berusia bawah 21 tahun. Pemain attacking midfielder ini memulakan karier awal bersama akademi remaja Valencia sebelum berhijrah ke Malaga pada pertengahan Julai 2011. Tonggak utama skuad remaja Sepanyol turut mendapat debutnya bersama skuad utama La Roja ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Uruguay pada 6 Februari lalu.

Dalam masa yang sama, Arsenal turut menjadikan penyerang Fiorentina, Stevan Jovetic bagi mengukuhkan jentera serangan musim depan. Pemain antarabangsa Montenegro berusia 23 tahun menjadi sasaran Arsene Wenger sejak 18 bulan yang lalu dengan Steve Rowley telah diarahkan untuk meninjau aksi Jovetic dengan lebih dekat. Namun, Arsenal perlu menyediakan perbelanjaan yang besar sekitar £15-£20 juta selain turut berdepan dengan saingan beberapa kelab utama Eropah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • nama penuh isco
This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply