[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-9

Henjutan bertenaga Bryan Coquard dari pasukan Europcar berjaya membuktikan kehebatannya apabila memenangi perlumbaan peringkat ke-9 pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 semalam. Pelumba berusia 20 tahun itu menduduki tempat pertama dengan catatan masa dua jam 42 minit 11 saat untuk menamatkan perlumbaan dari Pasir Puteh, Kelantan ke Kuala Berang, Terengganu sejauh 123.60 kilometer.

Pelumba pasukan Vini Fantini-Selle Italia, Francesco Chicchi di tempat kedua manakala Allan Davis daripada pasukan Orica GreenEDGE di tempat ketiga. Kemenangan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Coquard selepas memenangi peringkat kelapan dari Kuala Terengganu ke Tanah Merah, Kelantan sejauh 164.50km kelmarin. Coquard mengakui menerima tentangan sengit sebelum berjaya mencatatkan kemenangan peringkat ke-9 semalam.

ltdl-2013-pasir-puteh-to-kuala-berangSebenarnya, hari ini (semalam) lebih sukar daripada semalam (kelmarin). Sesuatu yang sukar untuk memenangi peringkat pada LTdL kali ini kerana terdapat ramai pelumba pecut. Tidak ramai pelumba yang memenangi banyak peringkat,” kata Bryan Coquard.

“Pasukan saya juga melakukan kerja dengan baik. Kami berjaya mengulangi kejayaan semalam (kelmarin). Ini adalah satu kemenangan yang menarik.”

“Saya berjaya mengelak daripada terbabit dalam kemalangan kira-kira satu kilometer sebelum sampai ke garisan penamat. Saya hanya dengar bunyi di belakang. Saya berjaya menyelamatkan diri dan mengekori pelumba di hadapan.”

“Graeme Brown (Blanco Pro Cycling Team) melakukan pecutan awal sebelum diekori Allan Davis (Orica GreenEDGE). Saya berjaya melakukan tepat pada masanya. Menang dua peringkat cukup baik buat saya.

“Bagaimanapun, saya akan cuba menang esok (hari ini) tetapi peringkat terakhir selalunya lebih sukar.”

“Apa sekalipun keputusannya, saya tetap gembira dengan keputusan saya pada penampilan di LTdL kali ini,” kata pelumba muda Perancis itu lagi.

Dalam perlumbaan semalam, dua pelumba Liu Yilin (Hengxiang Cycling Team) dan Endra Wijaya (Indonesia National Team) berjaya melakukan break-away selepas 35km namun berjya ditangkap kembali oleh peloton pada 20km terakhir. Julian Arredondo dari pasukan Nippo-De Rosa terus mengekalkan jersi kuning (terbaik keseluruhan) sementara jersi putih (terbaik Asia) dan jersi merah (Raja Bukit) kekal menjadi milik pelumba Hengxiang Cycling Team, Wang Meiyin.

Namun, persaingan jersi biru Raja Recut semakin sengit antara dua pelumba kelahiran Itali, Francesco Chicchi (Vini Fantini-Selle Italia) dan Andrea Guardini (Astana Pro Team) sementara pelumba kebangsaan, Anuar Manan yang mewakili pasukan Synergy-Baku Cycling Project semakin ketinggalan di tempat ketiga selepas gagal menyerlah dalam beberapa peringkat terakhir meskipun bermula cemerlang pada awal saingan Le Tour de Langkawi 2013.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 9 – PASIR PUTEH KE KUALA BERANG (123.6km)

10 Pemenang Peringkat Ke-9
1-Bryan Coquard (FRA) Team Europcar – 2’42:11s
2-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 2’42:11s
3-Allan Davis (AUS) Orica GreenEDGE – 2’42:11s
4-Raymond Kreder (NED) Garmin-Sharp – 2’42:11s
5-Fabian Schnaidt (GER) Champion System Pro Cycling – 2’42:11s
6-Jacob Keough (USA) United Healthcare Pro Cycling – 2’42:11s
7-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Team – 2’42:11s
8-Park Sung Baek (KOR) KSPO – 2’42:11s
9-Rico Rogers (NZL) Synergy-Baku Cycling Team – 2’42:11s
10-Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical Team – 2’42:11s
——————————————————————————————-
16-Zulhilmie Afif A Zamri (MAS) Malaysia National  Team – 2’42:11s
17-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team – 2’42:11s
20-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team – 2’42:11s
27-Mohd Saiful Anuar Aziz (MAS) Terengganu Cycling  Team – 2’42:11s
48-Yusrizal Usoff (MAS) Malaysia National Team – 2’42:11s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 32’14:03s
2-Pieter Weening (NED) Orica GreenEDGE – 32’15:18s
3-Sergio Pardilla (ESP) MTN Qhubeka – 32’14:03s

Tiga Pelumba Terbaik Asia Keseluruhan (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 32’14:43s
2-Amir Kolahdohagh (IRI) Tabriz Petrochemical Team +18s
3-Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +58s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 86 mata
2-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 81 mata
3-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project – 66 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 48 mata
2-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 45 mata
3-Pieter Weening (NED) Orica GreenEDGE – 32 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-MTN Qhubeka (MTN) 96’51:07s
2-Tabriz Petrochemical Team (TPT) +09:00s
3-Androni Giocattoli-Venezuela (AND) +13:00s

Tiga Pasukan Terbaik Asia
1-Tabriz Petrochemical Team (TPT) 96’51:07s
2-Astana Pro Team (AST) +07:34s
3-Hengxiang Cycling Team (HEN) +15:29s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply