[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-8

bryan-coquard-win-stage-8-ltdl-2013Pelumba muda Perancis, Bryan Coquard mencipta kejutan untuk memenangi perlumbaan peringkat ke-8 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 dari Kuala Terengganu ke Tanah Merah semalam. Pelumba pasukan Europcar itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3 jam 36 minit 47 saat mengatasi Andrew Fenn (Omega Pharma-Quickstep) di tempat kedua manakala Francesco Chicchi (Vini Fantini-Selle Italia) menamatkan saingan di tangga ketiga.

Lebih manis lagi, ini adalah kejuaraan pertama pelumba berusia 20 tahun di luar Eropah sejak mula menjadi pelumba profesional lebuh raya tahun ini. Awal Februari lalu, Coquard pernah memenangi dua perlumbaan peringkat di Etoile de Bessege selain pernah merangkul pingat perak acara omnium pada Sukan Olimpik London 2012 dan pingat perak Kejohanan Lebuh Raya Dunia Bawah 23 tahun (2012). Pelumba kelahiran Saint-Nazaire, Perancis itu nyata gembira dengan kejayaannya semalam.

“Semalam, saya tidak berjaya melakukan pecutan dengan baik pada saat-saat akhir tetapi hari ini saya berkerja keras dan bertuah dapat memenangi peringkat ini. Prestasi saya berada di tahap terbaik dan saya bersedia untuk mengintai peluang esok (hari ini),” kata Bryan Coquard.

“Dalam 1 kilometer terakhir, saya berada di kedudukan terbaik di posisi ke-10 atau 11. Saya berjaya mengambil peluang pada 200 kilometer terakhir dari sebelah kanan dan memintas pelumba-pelumba lain untuk berada di hadapan.”

ltdl-2013-kuala-terengganu-to-tanah-merah“Saya sangat gembira memenangi (perlumbaan) di sini kerana (saingan) sangat hebat. Kemenangan ini sangat bermakna untuk permulaan karier saya.”

“Saya berjaya mencapai sasaran saya hari ini dan saya akan meneruskan kayuhan pada baki dua peringkat tanpa tekanan untuk mencatatkan kejayaan,” kata pelumba berusia 21 tahun itu.

Pelumbaan bermula rancak dengan aksi berbalas asakan sebelum dua pelumba Asia, Low Ji Wen (OCBC Singapore) dan Liu Jianpeng (Henxiang Cycling Team) yang berjaya melepas diri dari kelompok besar ketika perlumbaan melewati jarak 20 kilometer. Namun, dua pelumba ini kembali ditangkap oleh peloton pada 3 kilometer terakhir meskipun pada suatu ketika jarak antara pendahulu dengan peloton mencecah 12 minit.

Persaingan jersi biru Raja Pecut kian menarik antara Andrea Guardini (Astana Pro Team), Francesco Chicchi (Vini Fantini-Selle Italia) dan Anuar Manan (Synergy-Baku Cycling Project). Sementara, jersi kuning kekal milik Julian Arredondo dari pasukan Nippo-De Rosa manakala Wang Meiyin yang mewakili pasukan Hengxiang pula mengekalkan jersi merah (Raja Bukit) dan jersi putih (terbaik Asia).

lumba-basikal-jelajah-malaysiaKEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 8 -KUANTAN KE DUNGUN (164.5km)

10 Pemenang Peringkat Ke-8
1-Bryan Coquard (FRA) Team Europcar – 3:36.47s
2-Andrew Fenn (GBR) Omega Pharma-Quickstep – 3:36.47s
3-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 3:36.47s
4-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 3:36.47s
5-Rico Rogers (NZL) Synergy-Baku Cycling Project – 3:36.47s
6-Omar Bertazzo (ITA) Androni Giocattoli-Venezuela – 3:36.47s
7-Raymond Kreder (NED) Garmin-Sharp – 3:36.47s
8-Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical Team 3:36.47s
9-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Team – 3:36.47s
10-Tewelde Weldegabir (ERI) MTN Qhubeka – 3:36.47s
——————————————————————————————-
13-M. Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System Pro Cycling – 3:36.47s
14-Mohd Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team – 3:36.47s
17-Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team – 3:36.47s
43-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team – 3:36.47s
44-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team – 3:36.47s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 29:31.52s
2-Pieter Weening (NED) Orica GreenEDGE – 29:33.07s
3-Sergio Pardilla (ESP) MTN Qhubeka – 29:34.02s

Tiga Pelumba Terbaik Asia Keseluruhan (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 29:34.32s
2-Amir Kolahdohagh (IRI) Tabriz Petrochemical Team +18s
3-Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +58s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 84 mata
2-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 60 mata
3-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project – 57 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 48 mata
2-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 45 mata
3-Pieter Weening (NED) Orica GreenEDGE – 32 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-MTN Qhubeka (MTN) 88:44.34s
2-Tabriz Petrochemical Team (TPT) +09:00s
3-Androni Giocattoli-Venezuela (AND) +13:00s

Tiga Pasukan Terbaik Asia
1-Tabriz Petrochemical Team (TPT) 88:53.34s
2-Astana Pro Team (AST) +07:34s
3-Hengxiang Cycling Team (HEN) +15:29s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply