[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-10

francesco-chicchi-win-stage-10-ltdl-2013Henjutan bertenaga Francesco Chicchi pada 200m terakhir berjaya menamatkan perlumbaan peringkat ke-10 dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu sejauh 114.8km dengan catatan masa 2 jam 39 minit dan 4 saat mengatasi Rico Rogers (Synergy-Baku Cycling Team) di tempat kedua manakala Graeme Brown dari pasukan Blanco Pro Cycling menjadi pelumba ketiga yang melepasi garisan penamat.

Kejayaan semalam menyaksikan pelumba yang mewakili pasukan Vini Fantini-Selle Italia mengulangi pencapaian cemerlangnya ketika memenangi peringkat ke-4 dari Tapah, Perak ke Kapar, Selangor. Lebih manis lagi, pelumba kelahiran Itali berusia 32 tahun itu berjaya merangkul jersi biru Raja Pecut dari genggaman rakan senegara, Andrea Guardini (Astana Pro Team) yang merupakan Raja Pecut LTdL bagi edisi 2011 dan 2012. Francesco Chicchi nyata gembira dan teruja dapat beraksi dalam perlumbaan LTdL yang mencabat ini.

“Saya suka perlumbaan ini (LTdL). Tiada yang lebih baik daripada bersama pasukan di mana berjaya beraksi hebat memenangi dua peringkat dan jersi Raja Pecut,” kata pelumba kelahiran Camiore, Itali.

ltdl-2013-tasik-kenyir-to-kuala-terengganuSementara itu, Julian Arredondo dari pasukan Nippo-De Rosa (PPO) berjaya muncul selaku pelumba terbaik keseluruhan dengan menyarung jersi kuning. Kejayaan pelumba kelahiran Columbia berusia 25 tahun itu meneruskan dominasi pelumba Amerika Selatan sejak 5 edisi terdahulu di mana Jose Serpa berjaya muncuk juara keseluranan LTdL pada 2009 dan 2012 manakala Jose Rujano (2010) dan Yonathan Monsalve (2011).

Julian Arredondo mengakui seronok berada di negara ini meskipun terpaksa tidur semalaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tertinggal kapal terbang ke Langkawi, Kedah. Pelumba pasukan Nippo-De Rosa nyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dan turut berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang membantu kemenangan pertamanya di Le Tour de Langkawi.

“Saya sangat-sangat gembira dengan keputusan ini. Ini merupakan kemenangan manis bagi saya selepas menghadapi banyak masalah dengan visa saya menyaksikan saya beraksi dengan terhad tahun lalu dengan 5 atau 6 kejohanan sahaja,” kata Arredondo.

“Saya bersama pasukan kecil tetapi kami seperti sebuah keluarga dan rakan-rakan saya sentiasa bersama saya terutama pada saat-saat sukar terutama pada 5 peringkat terakhir.”

“Tiada perbezaan antara pasukan Pro Tour atau benua. Tetapi yang paling penting adalah mentaliti kemenangan.”

Pelumba bukan pilihan, Wang Meiyin daripada pasukan benua China, Hengxiang Cycling Team (HEN) menyarung jersi merah (Raja Bukit) dan jersi putih (Pelumba Terbaik Asia). Sementara itu, pasukan profesional benua, MTN-Qhubeka (MTN) dari Afrika Selatan muncul pasukan terbaik keseluruhan manakala pasukan Tabriz Petrochemical Team (TPT) dari Iran berjaya muncul selaku pasukan terbaik Asia.

Mohammed Adiq Husainie Othman yang mewakili Champion System Pro Cycling Team (CSS) tampil  cemerlang mempertahankan kedudukan selaku pelumba terbaik tempatan pada LTdL buat tahun kedua berturut-turut. Pelumba kelahiran Kemaman berusia 22 tahun yang meraih pingat perak pada ACC bagi acara lebuh raya bawah 23 tahun 2012, sekali lagi muncul pelumba terbaik tempatan di LTdL 2013 dengan meraih wang tunai RM5000 dan trofi kejuaraan.

Pelumba kelahiran Kuala Ibai, Anuar Manan dari pasukan Synergy-Baku Cycling Project pula muncul selaku Raja Pecut terbaik Malaysia apabila berada di tempat ketiga di belakang Francesco Chicchi dan Andrea Guardini manakala pelumba OCBC Singapore Continental Cycling Team, Loh Sea Keong dinobatkan selaku Pendaki Terbaik Malaysia (Raja Bukit) masing-masing meraih RM2500 dan trofi kejuaraan.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 10 -TASIK KENYIR KE KUALA TERENGGANU (114.8km)

10 Pemenang Peringkat Ke-10
1-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 2’39:04s
2-Rico Rogers ((NZL) Synergy-Baku Cycling Project – 2’39:04s
3-Graeme Brown (AUS) Blanco Pro Cycling Team – 2’39:04s
4-Allan Davis (AUS) Orica GreenEDGE – 2’39:04s
5-Andrew Fenn (GBR) Omega Pharma-Quickstep – 2’39:04s
6-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Team – 2’39:04s
7-Fabian Schnaidt (GER) Champion System Pro Cycling – 2’39:04s
8-Omar Bertazzo (ITA) Androni Giocattoli-Venezuela – 2’39:04s
9-Kazuhiro Mori (JPN) Aisan Racing Team – 2’39:04s
10-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team – 2’39:04s
——————————————————————————————–
15-Zulhilmie Afif A Zamri (MAS) Malaysia National Team – 2’39:04s
17-Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team – 2’39:04s
23-Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team – 2’39:04s
43-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team – 2’39:04s
44-Mohd Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System Pro Cycling – 2’39:04s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 34’53:07s
2-Pieter Weening (NED) Orica GreenEDGE – 34’54:22s
3-Sergio Pardilla (ESP) MTN Qhubeka – 34’55:17s

Tiga Pelumba Terbaik Asia Keseluruhan (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 34’55:47s
2-Amir Kolahdohagh (IRI) Tabriz Petrochemical Team +18s
3. Ghader Mizbani (IRI) Tabri Petrochemical Team +58s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 96 mata
2-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 89 mata
3-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project – 76 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 48 mata
2-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 45 mata
3. Pieter Weening (NED) Orica GreenEDEGE – 32 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-MTN Qhubeka (MTN) – 104’48:19s
2-Tabriz Petrochemical Team (TPT) +09:00s
3-Androni Giocattoli-Venezuela (AND) +13:00s
—————————————————————————————-
15-Malaysia National Team (MAS) +44:46s
19-Terengganu Cycling Team (TSG) +59:25s

Tiga Pasukan Terbaik Asia
1-Tabriz Petrochemical Team (TPT) 104’57:19s
2-Astana Pro Team (AST) +07:34s
3-Hengxiang Cycling Team (HEN) +15:29s
—————————————————————————————–
5-Malaysia National Team (MAS) +35:46s
8-Terengganu Cycling Team (TSG) +50:25s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply