[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-11

shahril-ishak-goal-vs-negeri-sembilanKegagalan Selangor dan ATM meraih mata penuh dalam perlawanan minggu ini menyaksikan wakil Singapura, Lions XII berjaya merampas tahta Liga Super 2013 selepas menewaskan Negeri Sembilan 0-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura semalam. Jaringan tunggal kapten pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-77 setelah menerima umpan daripada Muhammad Nazrul Ahmad Nazari sudah cukup menewaskan skuad Hoben Jang Hoben.

Pasukan pelawat terlebih dahulu menguji penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbud menerusi percubaan dari jarak jauh pada 10 minit pertama. Giliran Fazrul Nawaz menghasilkan dua percubaan ke gawang Hamsani Ahmad selepas itu. Penjaga gol, Amirul Izwan pula menafikan hasrat Lions XII untuk mendapatkan sepakan penalti selepas Fazrul Nawaz dikasari oleh Norismaidham pada minit ke-40.

Kedua-dua pasukan terus buntu menghasilkan jaringan dengan tandukan Shahril Ishak pada minit ke-53 tepat ke dakapan Hamsani Ahmad. Kapten Lions XII, Shahril sekali lagi terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada minit ke-62 namun gagal menemui sasaran. Penantian Lions XII berakhir apabila gerakan Nazrul berjaya melepas kawalan pertahanan Negeri Sembilan sebelum melorongkan kepada Shahril Ishak pada minit ke-79.

Sementara itu, skuad bimbingan Fandi Ahmad terpaksa berhempas pulas sebelum menjinakkan Terengganu, 3-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Skuad Peteh bermula garang dengan merobek gawang Johor DT seawal minit ke-9 menerusi percubaan awang import, Jean-Emmanuel Effa Owona yang menerima hantaran silang daripada Abdul Manaf Mamat.

Tersentak dengan jaringan tersebut, tuan rumah menggandakan usaha namun pasukan pelawat hampir menambah jaringan menerusi percubaan Ashaari Shamsuddin yang sedikit melewati palang. Penyerang import Johor DT, Danial Guiza terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi Hasmizan Kamarodin berjaya melakukan terjahan bersih untuk menafikan hasrat penyerang kelahiran Sepanyol itu.

Penantian Johor DT berakhir apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Nurul Azwan Roya dijatuhkan oleh Rosdi Talib dalam kotak penalti pada minit ke-36. Danial Guiza tidak menghadapi masalah untuk menyempurkan sepakan penalti tersebut untuk kembali mengikat kedudukan. Ketika permainan kelihatan terikat 1-1 menuju separuh masa pertama permainan, Guiza berjaya merembat masuk gol kedua Johor DT.

Bersambung babak kedua permainan, Johor DT terus bernafsu untuk menambah gol dan akhirnya berjaya memperoleh gol ketiga menerusi rembatan Nurul Azwan Roya yang tertampan pertahanan Terengganu sehingga memperdayakan Mohd Shamirza Yusof pada minit ke-48. Emmanuel Effa Owana yang berjaya meloloskan diri sebelum sempat menanduk hantaran lintang cantik daripada Abdul Manaf Mamat pada minit ke-55.

Pelawanan terus rancak dengan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan namun skuad Fandi Ahmad terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten Johor DT, Ahmad Tharmini Saiban dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua yang dilayangkan pengadil, Suhaizi Shukri pada minit ke-70 gara-gara melengahkan perlawanan. Kelebihan itu gagal dimanfaatkan skuad Penyu dengan kedudukan 3-2 kekal hingga ke wisel penamat.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-11

Jumaat (29 Mac 2013)

FELDA United 1 – 1 Selangor
[1-0] Carlos Junior (pen) 23′
[1-1] Mohd Amri Yahyah 27′

ATM 2 – 3 Kelantan
[0-1] Indra Putra Mahyuddin 28′
[0-2] Keita Mandjou 32′
[1-2] Marlon Alex James 54′
[2-2] Marlon Alex James 68′
[2-3] Nor Farhan Mohamad 90+1

Sabtu (30 Mac 2013)

T-Team 1 – 3 Pahang
[1-0] Mohd Muinuddin Mokhtar 23′
[1-1] Mohd Fauzi Rozlan 45′
[1-2] Mohd Faizol Hussin 83′
[1-3] R. Gopinathan 86′

LIONS XII 1 – 0 Negeri Sembilan
[1-0] Shahril Ishak 79′

PKNS FC 0- 1 Perak
[0-1] Mohd Rafiuddin Roddin 77′

Johor Darul Takzim 3 – 2 Terengganu
[0-1] Emmanuel Effa Owona 9′
[1-1] Danial Guiza 37′
[2-1] Danial Guiza 45+1′
[3-1] Nurul Azwan Roya 49′
[3-2] Emmanuel Effa Owona 55′

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply