[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-10

selangor-vs-johor-darul-takzim-fc-mac-2013Selangor kembali mempamerkan taring sebenar apabila membelasah Johor Darul Takzim FC 4-1 di laman sendiri semalam. The Red Giants kini berada dikedudukan kedua Liga Super 2013 selepas berkongsi 17 mata dengan ATM yang memiliki kelebihan jaringan gol. Sementara itu, The Gladiators cemerlang menundukan skuad Kejor Yob Kejor di Stadium TLDM Lumut 4-2 dalam perlawanan yang berlangsung tegang kelmarin.

Di Stadium Shah Alam, Selangor tidak menunggu lama untuk berada di depan selepas berjaya memperoleh gol seawal minit ke-4 menerusi percubaan S.Kunalan dari sebelah kiri yang terus menerjah gawang. Meskipun Darul Takzim FC mengandakan asakan untuk mencari gol penyamaan namun gagal membuahkan hasil sebaliknya Francis Forkey Doe mudah menyempurnakan hantaran rendah Solihin Kanasian pada minit ke-32 untuk Selangor terus selesa di depan.

Dua minit berselang, Harimau Selatan hampir memperolehi gol pertama namun penjaga gol Selangor, Norazlan Razali cemerlang menyelamatkan sepakan percuma Safiq Rahim. Jurulatih Darul Takzim FC melakukan perubahan dengan memasukan Azniee Taib bagi mengantikan Simone Del Nero pada minit ke-39. Kehadiran Azniee berjaya memberi impak namun Norazlan Razali sekali lagi cemerlang menafikan percubaan pemain gantian Darul Takzim FC itu.

Walaupun diasak hebat oleh Darul Takzim FC, serangan balas Selangor pada minit ke-54 hampir memberikan gol ketiga namun rembatan deras Mahali Jasuli berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pelawat, Muhd Al-Hafiz Hamzah. The Red Giants ditimpa malang apabila pemain pertahanan import, Peter Charappan diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua kerana mengasari penyerang Darul Takzim FC, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-56.

Namun, beraksi dengan 10 pemain tidak memberi kesan kepada Selangor yang berjaya menambah dua lagi gol menerusi Mahali Jasuli dan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-67 dan 69. Skuad bimbingan Fandi Ahmad akhirnya berjaya memperolehi gol saguhati menerusi gerakan solo Norshahrul Idlan yang memperdayakan beberapa pertahanan Selangor sebelum melakukan rembatan menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-74.

Di Stadium TLDM Lumut pula, ATM berjaya mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas liga apabila bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan pasukan Perak 2-4. Skuad Seladang di bawah kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah yang tempang tanpa beberapa tonggak kerana masalah kecederaan bermula garang dengan mendahului 2-0 selepas 18 minit perlawanan berlangsung menerusi penyerang import, Karim Rouani dan pertahanan kental, Shahrom Abdul Kalam.

Namun, The Gladiators tidak mudah mengalah dan berjaya merapakan jurang menerusi tandukan Shukor Adan pada minit ke-21. Perlawanan terus rancak dengan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan. Christie Jayaselan menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah apabila menyamakan kedudukan dengan menanduk masuk hantaran lintang dari sebelah kiri pada minit ke-42. Marlon Alex James pula menceriakan penyokong pelawat menerusi gol pada minit akhir separuh masa pertama.

Penguasaan berterusan dipamerkan oleh skuad bimbingan B. Sathianathan yang terus ghairah untuk menambah jaringan. Usaha ATM hampir membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Bruno Marteloto dijatuhkan dalam kotak penalti namun gagal disempurnakan oleh Marlon Alex James. Namun, penyerang import berusia 36 tahun itu menebus kesilapan dengan menjaringkan gol keempat The Gladiators pada minit ke-85.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-10

Jumaat (8 Mac 2013)

Perak 2 – 4 ATM
[1-0] Karim Rouani 10′
[2-0] Muhd Shahrom Abdul Kalam 18′
[2-1] Muhammad Shukor Adan 21′
[2-2] Christie Jayaselan 42′
[2-3] Marlon Alex James 45′
[2-4] Marlon Alex James 85′

Pahang 1 – 3 PKNS FC
[1-0] R. Gopinathan 25′
[1-1] Patrick Ronaldinho 57′
[1-2] Mohd Nizad Ayub 64′
[1-3] Patrick Ronaldonho 90′

Terengganu 1 – 0 T-Team
[1-0] Farderin Kadir 90′

Sabtu (9 Mac 2013)

Selangor 4 – 1 Darul Takzim FC
[1-0] S. Kunalan 4′
[2-0] Francis Forkey Doe 32′
[3-0] Mahali Jasuli 67′
[4-0] Mohd Amri Yahyah 69′
[4-1] Norshahrul Idlan Talaha 74′

LIONS XII 1 – 0 Kelantan
[1-0] Shahfiq Ghani 88′

Negeri Sembilan 0 – 1 FELDA United
[0-1] Razali Umar Kandasamy 41′

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply