[LADIES] FAYE WHITE BERSARA SELAKU PEMAIN BOLA SEPAK

faye-white-arsenal-ladiesLagenda Arsenal Ladies, Faye White mengumumkan hasratnya untuk bersara selepas 15 tahun beraksi di peringkat tertinggi bola sepak wanita. Bekas kapten Arsenal Ladies dan England itu telah merangkul 31 kejuaraan utama termasuk memimpin Arsenal Ladies merangkul 4 kejuaraan pada 2007, dua kejuaraan trebel dan 4 kejuaraan berganda. Selaku kapten skuad wanita England, Faye mengetuai negaranya dalam empat kejuaraan utama dengan meraih 90 caps antarabangsa.

Pertahanan tengah berusia 35 tahun turut menerima anugerah MBE atas sumbangan dan perkhidmatannya dalam bola sepak wanita pada 2007. Faye White mengumumkan persaraannya dari skuad kebangsaan wanita England pada April tahun lalu selepas disahkan mengandung dan selamat melahirkan anak pertamanya pada Oktober lalu. Masalah lutut yang dialaminya selepas melahirkan anak menyebabkan White mengambil keputusan untuk mengantung butnya.

“Ini mungkin masa yang sesuai untuk berhenti,” kata Faye White menerusi Arsenal.com.

“Lutut saya semakin berusia dan saya mula menyedarinya ketika kembali untuk memulihkan kecergasannya selepas mengandung.”

“Saya juga merasakan ini adalah masa yang sesuai kerana pemain muda (Arsenal Ladies) semakin mantap.”

“Saya mengharungi karier yang bagus di Arsenal – 16 tahum merupakan sebahagian daripada hidup saya. Itu merupakan sesuatu yang luar biasa dan saya sangat bersyukur atas segalanya.”

“Anda sentiasa tahu ia datang dan anda perlu membuat keputusan pada masa tertentu. Apabila melihat gadis-gadis bermain, mereka menjadi sebahagian pemain untuk menjadi sepeti anda di luar sana. Tetapi ia merupakan perkara yang agak sukar.”

“Saya akan mengabadikan (kenangan) selamanya. Fikiran saya berkata saya boleh tetapi jauh di lubuk hati saya tahu badan saya tidak boleh melakukannya.”

“Saya mahu berterima kasih kepada semua pemain yang pernah beraksi bersama saya dan Vic Akers (bekas pengurus Arsenal Ladies) yang membimbing pasukan ketika saya bersama Arsenal. Saya benar-benar terhutang budi kepadanya. Dia telah melakukan segala-galanya kepada saya. Dia sangat hebat dan saya beraksi bersama pemain-pemain.”

“Saya juga bertuah di mana dapat beraksi bersama pemain-pemain terbaik di England. Saya benar-benar menikmatinya dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada kami untuk menjulang kejuaraan.”

“Saya tidak boleh mengharap karier yang lebih daripada ini,” kata pertahanan berusia 35 tahun itu lagi.

This entry was posted in Arsenal Ladies and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply