[KOMENTAR] WILSHERE MASIH TERLALU MUDA – BOBBY CHARLTON

sir-bobby-charlton-man-unitedLagenda Manchester United, Sir Bobby Charlton meminta penyokong-penyokong England agar tidak terlalu membebani pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere. Meskipun baru berusia 21 tahun, namun Wilshere disebut-sebut sebagai salah seorang tonggak utama The Three Lions andai mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan. Wilshere terpaksa diketepikan dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang San Marino dan Montenegro minggu selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki.

Sir Bobby Charlton merupakan sebahagian generasi emas bola sepak England yang berjaya menjulang Piala Dunia 1966 dengan memiliki 106 cap antarabangsa bersama The Three Lions. Lagenda bola sepak England ini mengakui bakat istimewa yang dimiliki oleh Jack Wilshere namun menegaskan harapan menggunung penyokong England tidak boleh ditanggung olehnya sendirian.

“Bagi saya, Wilshere masih terlalu muda. Terlalu awal untuk dia beraksi di pentas dunia,” kata Sir Bobby Charlton kepada London Evening Standard.

“Arsenal memiliki ramai pemain-pemain muda yang bagus tetapi ia bukan sesuatu yang tepat cuma pada pandangan saya.”

Jack-Wilshere-England-vs-Brasil“Jangan salah erti, Jack Wilshere merupakan seorang pemain yang hebat tetapi di pentas dunia masih terdapat ramai lagi pemain yang lebih hebat dan memiliki prestasi melebihinya.”

“Dia masih muda di mana masih perlukan masa untuk merealisasikan impian dan harapan yang diletakan ke atas dirinya.”

 Meskipun baru berusia 21 tahun, Jack Wilshere sudah memiliki 7 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan England sejak memulakan debutnya pada 11 Ogos 2010 menentang Hungary. Pemain muda terbaik Liga Perdana Inggeris 2010/11 ini juga telah beraksi dalam 90 perlawanan bersama The Gunners sejak disenaraikan dalam skuad utama Arsenal pada 2010.

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply