[KOMENTAR] STADIUM EMIRATES PUNCA KEMUNDURAN ARSENAL – OVERMARS

marc-overmars-open-arsenal-role-in-futureMarc Overmars menegaskan bahawa perpindahan dari Highbury ke Stadium Emirates menjadi faktor kegagalan Arsenal untuk meraih sebarang kejuaraan sejak 7 tahun yang lalu. Bekas pemain sayap Arsenal itu mengakui bahawa stadium baru tidak mempunyai aura kemenangan di mana The Gunners kehilangan kelebihan sebagai tuan rumah. Oversmars turut mengakui stadium lama Arsenal, Highbury memberi kekuatan yang tersendiri.

Bekas pemain antarabangsa Belanda itu telah menyertai Arsenal pada musim panas 1997 dengan yuran perpindahan bernilai £5.5 juta. Marc Overmars telah menghabiskan tempoh tiga musim bersama The Gunners serta membantu menjulang satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan satu kejuaraan Piala FA sebelum meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona pada musim panas 2000 dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta.

“Saya kembali semula ke Stadium Highbury untuk melihat persekitarannya dan masih ada kekuatan yang tersendiri,” kata bekas pemain Belanda berusia 39 tahun itu.

“Apabila kami beraksi di gelanggang sendiri, kami sukar dikalahkan. Itu yang kami rasa tetapi masalah utama dengan stadium besar (Stadium Emirates) selalunya mereka kehilangan aura.”

highbury-arsenal-stadium-in-history“Ia digunakan untuk menakutkan (lawan) di Highbury – itu perbezaan antara stadium baru dengan yang lama. Apabila anda membina stadium baru, anda harus cuba untuk meletakkan penonton serapat mungkin dengan padang.”

“Saya beraksi bersama Ajax (Armsterdam) di stadium lama dan stadium baru di mana kami juga menghadapi masalah yag sama. Setiap lawan mahu beraksi di stadium yang baik jadi kami kehilangan kelebihan selaku tuan rumah,” kata Overmars lagi.

Marc Overmars kini berkhidmat sebagai pengarah teknikal Ajax Armsterdam namun tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyertai Arsenal dengan memainkan peranan sebagai barisan pengurusan di Stadium Emirates. Bekas pemain berusia 39 tahun itu telah beraksi dalam 142 perlawanan dengan menjaringkan 41 gol spanjang 3 tahun bersama The Gunners.

marc-overmars-arsenal“Apabila usia anda bertambah sebagai seorang pemain, anda akan mencari kualiti anda untuk masa depan. Saya terlalu cepat dan menjadi pengurus bukan perkerjaan yang sesuai untuk saya,” kata pemain kelahiran Emst, Belanda itu.

“Kini, saya berkerja bersama Ajax, melakukan tugasan perpindahan pemain dan kontrak serta menguruskan pencarian pemain-pemain baru. Jadi itu sesuai dengan saya. Saya tidak terkejut jika saya berkerja dengan Arsenal pada depan – itu mungkin menjadi kenyataan.”

“Saya tidak pernah berbincang dengan Arsene Wenger. Tetapi jika lembaga pengarah berfikir tentang masa depan untuk menyeraikan pemain-pemain yang akan berkerja dengan kelab ini, ianya tidak megejutkan jika saya trmasuk dalam senarai itu.”

“Walau bagaimanapun, pada ketika ini saya mahu kekal di Ajax,” kata Overmars lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply