[KOMENTAR] JOVETIC, ARSENAL BUKAN KELAB UTAMA – LUCA TONI

Fiorentina-vs-Catania Toni-JoveticBekas penyerang antarabangsa Itali, Luca Toni menasihati rakan sepasukannya di Fiorentina, Stevan Jovetic agar menolak perpindahan ke Arsenl. Menurut Toni, The Gunners kini bukan lagi kelab utama di Eropah dan lebih besar dari La Viola. Terdahulu, Stevan Jovetic dilaporkan menjadi sasaran Arsenal pada jendela perpindahan musim panas akan datang. Penyerang antarabangsa Montenegro ini telah menjaringkan 12 gol daripada 27 perlawanan bersama Fiorentina musim ini.

Peluang Arsenal untuk mendapatkan khidmat Jovetic dilihat positif selepas penyerang berusia 23 tahun itu turut mengakui bangga dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates namun The Gunners perlu menyediakan dana sebanyak £25 juta untuk mendapatkan tandatangannya. Namun, Luca Toni mengingatkan rakan sepasukannya itu agar berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk menyertai Arsenal.

“Saya mengatakan kepadanya supaya berhati-hati berfikir sebelum meninggalkan Florence kerana terdapat banyak perancangan penting di sini,” kata Toni menerusi agensi berita ANSA.

“Jika dia (Jovetic) mahu pergi, maka dia seharusnya perlu mencari kelab yang utama. Chelsea, Manchester City dan Manchester United seharusnya menjadi pilihannya. Tetapi Arsenal tidak lebih seperti Fiorentina.”

Sementara itu, Stevan Jovetic nyata gembira dan bangga dilaporkan menjadi sasaran kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris termasuk Arsenal dan Manchester City. Penyerang berusia 23 tahun itu berbeza pendapat dengan rakan sepasukannya di Fiorentina, Luca Toni dengan menganggap bahawa Arsenal masih merupakan kelab utama di Eropah dan salan satu pencabar utama dalam Liga Perdana Inggeris.

“Saya sudah mendengar mengenai minat Arsenal. Ini merupakan perkara yang mengembirakan saya apabila berada dalam radar kelab-kelab besar. Saya bahagia mengetahuinya,” kata penyerang antarabangsa Montenegro itu.

“Saya sentiasa mempunyai pertalian dengan Arsenal. Ia sebuah kelab utama dengan tradisi yang besar , salah satu kelab yang terbesar di Eropah.”

“Bukan mudah untuk menggantikan (Robin) van Persie yang menjaringkan banyak gol. Arsenal mempunyai ramai pemain yang tidak mampu menjaringkan gol seperti van Persie, tetapi mereka tetap bermain dengan sangat baik.”

“Mereka masih merupakan pasukan yang kuat. Saya sering mononton perlawanan Liga Perdana Inggeris di televisyen. Ia merupakan salah satu liga terbaik di dunia dan saya turut menarik minat saya (beraksi di Liga Perdana Inggeris),” kata Jovetic lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply