[KOMENTAR] CHRIS SMALLING SEORANG PENYOKONG ARSENAL

Chris-Smalling-Manchester-United-2012Pertahanan Manchester United, Chris Smalling mengakui dirinya merupakan seorang penyokong Arsenal dengan menjadikan lagenda The Gunners, Tony Adams sebagai idolanya. Pemain kelahiran Greenwich, London itu mnegakui dirinya membesar dan berkembang selaku pemain bola sepak professional sebagai penyokong The Gunners meskipun kali terakhir kelab berpangkalan di utara London itu memenangi kejuaraan ketika dirinya masih berusia 15 tahun.

Bekas pemain Fulham ini pernah menjadi rebutan antara Arsenal dan Manchester United namun Chris Smalling memilih untuk menyertai The Red Devils dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £7 juta pada 1 Julai 2010 ketika dirinya berusia 20 tahun. Pertahanan antarabangsa England itu mengakui bertuah memilih United berbanding Arsenal yang telah berjaya memberi manfaat besar dan mengembangkan kariernya selaku pemain bola sepak professional.

arsenal-tony-adam-vs-david-beckhamMeskipun bergelar pemain Manchester United namun Smalling mengagumi aksi pertahanan kental seperti Tony Adams serta gandingan mantap Adams bersama Martin Keown yang menjadi nadi utama pertahanan Arsenal. Kelibat kedua-dua pemain itu menjadi inspirasi kepada dirinya untuk menjadi seorang pemain pertahanan yang hebat dan bagus bersama United dan England.

“Saya merupakan seorang penyokong Arsenal,” balas Chris Smalling ketika ditanya mengenai sokongannya kepada Arsenal.

“Tony Adams merupakan seorang pemimpin yang sejati. Dia dan Martin Keown memiliki hubungan yang sangat baik menjadi nadi kepada pertahanan (Arsenal). Saya juga sukakan Thierry Henry.”

“Saya banyak kali menonton perlawanan Arsenal di kaca televisyen. Saya juga mendapat peluang mengunjungi Highbury (stadium lama Arsenal) dan juga Stadium Emirates ketika pertama kali dibuka,” kata pemain pertahanan berusia 23 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply