[KOMENTAR] ARSENAL BERHAK UNTUK MENANG – HEYNCKES

Jupp-Heynckes-vs-Arsenal-2013Jupp Heynckes mengakui Arsenal sememangnya berhak untuk menewaskan anak buahnya 2-0 dalam perlawanan kedua 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam. Namun, Arsenal tetap tersingkir ekoran kekalahan 1-3 di Stadium Emirates 19 Feb lalu berdasarkan peraturan gol ditempat lawan. Pengurus Bayern Munich percaya bahawa Arsenal masih lagi pasukan utama serta tidak menghadapi krisis besar meskipun sering dihimpit prestasi tidak menentu.

Kekalahan di Allianz Arena di tangan Arsenal itu merupakan kekalahan pertama The Bavarians kepada kelab Inggeris di laman sendiri sejak 20 tahun yang lalu. Skuad bimbingan Arsene Wenger juga tampil selaku kelab pertama yang menewaskan Bayern Munich selepas 39 perlawanan yang lalu sekaligus menamatkan rekod cemerlang di laman sendiri. Jupp Heynckes mengakui pasukannya menerima pengajaran berguna daripada kekalahan kepada Arsenal itu.

Laurent-Koscielny-goal-vs-Bayern-2013“Arsenal menjaringkan dua gol tetapi mereka tidak memiliki banyak peluang yang baik untuk melakukannya,” kata pengurus Bayern Munich itu.

“Arsenal lebih baik dan menguasai perlawanan. Kami gagal untuk mendominasi seperti yang selalu kami lakukan. Kami harus belajar banyak dari perlawanan ini. Ini juga mungkin akan menamat ketakukan kelab luar (di Allianz Arena). Mereka sering mengatakan Bayern tidak boleh dikalahkan.”

“Beberapa pasukan tidak melakukannya setakat ini dan mereka merupakan kelab Inggeris. Tetapi kami mengakui Manchester United mengalami nasib yang kurang baik dan Arsenal membuktikan mereka merupakan pasukan utama.”

“Saya rasa ini tidak memberi makna yang besar. Mereka mempunyai banyak masa dan saya rasa kelab-kelab Inggeris akan berjaya pada tahun akan datang,” kata Heynckes lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply