[KECEDERAAN] WILSHERE BAKAL TERLEPAS BAKI AKSI MUSIM INI

jack-wilshere-suffered-ankle-injuryBintang muda Arsenal, Jack Wilshere bakal terlepas aksi sepanjang musim ini meskipun jangkaan menyatakan bahawa pemain tengah itu terpaksa diketepikan untuk tempoh 3 minggu. Namun pemeriksaan kesihatan terbaru mendapati bahawa pemain berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan lutut yang serius dan perlu berehat sekurang-kurangnya untuk tempoh enam minggu. Wilshere bakal turut dirujuk kepada pakar di Dubai minggu lalu sebelum kembali ke Arsenal.

Musim lalu, Wilshere terpaksa disisihkan selama lebih 15 bulan kerana mengalami kecederaan buku lali dan lutut sebelum kembali ke beraksi bersama Arsenal pada Oktober lalu. Lantaran itu, Arsene Wenger dijangkan tidak akan mengambil risiko untuk menurukan pemain muda itu bagi baki musim ini meskipun The Gunners kini terdesak untuk mengekalkan prestasi untuk menduduki kelompok 4 pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Arsenal itu mengakui Wilshere turut mengalami masalah buku lali di kaki kanannya. Pemain kelahiran Stevenage, London itu terpaksa diketepikan selepas aksi North London Derby pada awal Mac lalu. Wenger turut mengakui bahawa kecederaan Wilshere mungkin berpunca dari kekerapan pemain antarabangsa England diturunkan beraksi bersama Arsenal musim ini.

“Mungkin saya terlebih menurunkannya tetapi hanya pada dua minggu terakhir. Ini keputusan yang sangat sukar untuk merehatkannya kerana dia merupakan seorang juara jika ditanya mengenainya,” kata Wenger baru-baru ini.

“Kami akan terus melakukan pemeriksaan yang terperinci terhadap kaki kanannya.”

“Dia mengalami masalah di mana dia mungkin akan menjalani pembedahan untuk melindungi buku lalinya. Setiap bulan kami melakukan imbasan terhadap kedua-dua buku lalinya tetapi dia tidak mengalami kesakitan.”

“Kali terakhir kami melakukan pemeriksaan menyaksikan dia mengalami ketengangan pada kakinya di mana pakar mengesyorkan agar kami tidak mengambil risiko menurunkannya.”

This entry was posted in Kecederaan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply