[KECEDERAAN] RYO MIYAICHI BAKAL JALANI PEMBEDAHAN

Ryo-Miyaichi-on-loan-WiganArsenal FC mengesahkan pemain muda Jepun yang dipinjamkan ke Wigan Athletic, Ryo Miyaichi akan menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika perlawanan suku akhir Piala FA menentang Everton. Kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 20 tahun itu menyaksikan pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez tidak dapat mengunakan khidmatnya bagi menghadapi baki saingan musim ini

“Arsenal FC memberikan pengesahan bahawa pemain sayap Jepun, Ryo Miyaichi akan menjalani pembedahan di London pada 14 Mac (hari ini),” kata jurucakap Arsenal menerusi Sky Sports.

“Dipinjamkan ke Wigan Athletic untuk musim 2012/13, Ryo telah mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika membantu kelabnya menewaskan Everton pada suku akhir Piala FA.”

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply