[KECEDERAAN] ABOU DIABY ALAMI KECEDERAAN ACL

vassiriki-abou-diaby-is-backArsenal FC mengesahkan bahawa pemain tengah, Abou Diaby mengalami kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) selepas melakukan imbasan dan pemeriksaan rapi. Pemain kelahiran Paris itu mengalami kecederaan tersebut semasa sesi latihan pada Rabu lalu. Kecederaan ini kemungkinan bakal menyaksikan Diaby diketepikan untuk tempoh 8-9 bulan sebelum kembali beraksi bersama The Gunners.

Sementara itu, Jack Wilshere dan Theo Walcott juga bakal terlepas pertemuan menentang Reading hujung minggu ini. Namun, kecederaan kedua-dua bintang England itu tidak serius dan dijangka kembali dalam tempoh dua minggu akan datang. Kieran Gibbs pula yang baru pulih dari kecederaan paha mengalami masalah kesihatan dan bakal berehat beberapa hari sebelum kembali beraksi. Lukas Podolski dan Bacary Sagna pula dilaporkan cergas dan sedia untuk diturunkan dalam perlawanan hujung minggu ini.

Menurut nasihat pakar, Diaby bakal menjalani pembedahan untuk memperbaiki ligamennya yang rosak itu dalam tempoh masa terdekat sekaligus menyaksikan pemain tengah berusia 26 tahun itu bakal disisihkan untuk tempoh 8-9 bulan sebelum kembali beraksi. Musim lalu, Diaby turut diketepikan hampir sepanjang musim kerana masalah kecederaan otot paha dan betis. Buat Abou Diaby, semoga cepat sembuh.

Rekod Kecederaan Yang Dialami oleh Abou Diaby (Sejak 1 May 2006)

list-Abou-Diaby-injury-record

This entry was posted in Kecederaan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply