[INFO] SEJARAH PERMUSUHAN ARSENAL-TOTTENHAM HOTSPURS

north-london-derby-arsenal-spursPertembungan North London Derby (NLD) merupakan antara perlawanan derby yang paling hangat dalam saingan bola sepak Inggeris. Pertemuan dua pasukan yang bertapak di utara kota London, Arsenal dan Tottenham Hotspurs seringkali menjanjikan aksi yang menarik untuk disaksikan serta berakhir dengan keputusan yang dramatik di samping mendapat liputan meluas oleh media-media tempatan.

Sejarah North London Derby bermula pada tahun 1913 apabila Arsenal berpindah dari Manor Ground, Plumstead ke Highbury yang terletak kira-kira 6.5 kilometer dari gelanggang tuan rumah Spurs, White Hart Lane. Lokasi Stadium Highbury pada awalnya telah digazetkan oleh pihak kerajaan untuk Spurs. Meskipun mendapat bantahan daripada penyokong-penyokong Spurs, namun Arsenal tetap melengkapkan perpindahan ke Highbury. Perpindahan ini menjadikan The Gunners sebagai jiran yang paling hampir dengan Spurs.

highbury-arsenal-stadium-in-historyNamun, sejarah permusuhan Arsenal-Spurs sebenarnya bermula selepas Perang Dunia I pada 1919 di mana FA England memutuskan untuk menambah bilangan pasukan dalam liga Divisyen Satu daripada 20 kepada 22 pasukan yang mewujudkan konflik dan permusuhan antara kedua-dua pasukan. Kebiasaannya, dua pasukan terbawah dalam Divisyen Satu akan disingkirkan ke Divisyen Dua sementara dua pasukan terbaik dari Divisyen Dua akan dinaikkan ke saingan Divisyen Satu.

Pada musim terakhir sebelum Divisyen Satu Liga Inggeris berehat sempena Perang Dunia I, Chelsea dan Tottenham Hotspurs telah menamat saingan di kedudukan ke-19 dan ke-20. Namun, FA England memutuskan Chelsea selain dua kelab yang menamatkan saingan teratas Divisyen Dua (Derby dan Preston) akan beraksi dalam Divisyen Satu manakala satu lagi tempat menjadi perebutan antara Spurs dan Barnsley yang telah menamat saingan Divisyen Dua di tempat ketiga.

gareth-bale-provoke-jack-wilshereNamun, Arsenal yang menamatkan saingan Divisyen Dua di kedudukan ke-5 bersama empat lagi kelab Divisyen Dua turut mencabar untuk merebut tempat beraksi dalam Divisyen Satu. Selepas mendapat sokongan daripada presiden liga yang juga merupakan pengerusi Liverpool, John McKenna untuk membenarkan Arsenal dan Spurs bersama empat lagi kelab melakukan undian bagi menentukan pasukan yang bakal mengisi satu lagi slot tersebut.

Arsenal akhirnya berjaya mendapat slot beraksi dala Divisyen Satu dengan mendapat 18 undian mengatasi Spurs (8 undian), Barnsley (5 undian), Wolves (4 undian), Nottingham Forest (3 undian), Brimingham City (2 undian) dan Hull City (1 undian). Tidak lama selepas itu, Sir Henry Norris telah didapati bersalah kerana telibat dengan rasuah semasa sesi undian tersebut menyaksikan pengerusi Arsenal itu telah digantung seumur hidup daripada Liga Bola Sepak Inggeris.

Peristiwa itu telah menimbulkan kemarahan danmind-the-gap-arsenal-spurs kebencian di kalangan penyokong-penyokong Spurs terhadap Arsenal dan kelab berpangkalan di White Hart Lane itu berjaya kembali beraksi dalam Divisyen Satu pada musim 1920-21 sekaligus menghangatkan pertembungan Arsenal-Spurs.

Pertembungan pertama North London Derby telah berlangsung pada 15 Januari 1921 di White Hart Lane menyaksikan Tottenham Hotspurs berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.

Sejak daripada musim 1919-20, Arsenal terus kekal beraksi dalam Divisyen Satu dan Liga Perdana Inggeris serta tidak pernah diturun liga sehingga ke hari ini. Selain itu, kejayaan gemilang yang dimiliki oleh Arsenal apabila muncul selaku kelab ketiga paling berjaya dalam bola sepak Inggeris selepas Liverpool dan Manchester United dengan meraih 13 kejuaraan liga, 10 Piala FA, 2 Piala Liga, 12 Perisai Komuniti, 1 Piala Eropah dan 1 Piala Inter-City Fairs turut dicemburui oleh Spurs yang gagal menyaingi kehebatan The Gunners.

Incoming search terms:

  • sejarah kelab tothenham
This entry was posted in Informasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply