[INFO] ASAL USUL GELARAN BUAT PER MERTESACKER

71231391-0192145Nama Per Mertesacker mulai meniti di bibir penyokong-penyokong The Gunners selepas dikritik hebat lantaran gagal menampilkan aksi konsisten pada musim pertamanya bersama Arsenal. Musim ini, pertahanan antarabangsa Jerman itu tampil selaku pilihan utama mengisi benteng pertahanan The Gunners. Pertahanan kental yang memiliki ketinggian 1.98m itu menyertai Arsenal pada 31 Ogos 2011 dari Werder Bremen dengan yuran bernilai £8 juta.

Mertesacker merupakan produk akademi bola sepak Hannover 96 sebelum berhijrah ke Werder Bremen dan Arsenal. Tonggak pertahanan berusia 28 tahun ini sudah memiliki 88 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Jerman sejak memulkan debut pada Oktober 2003. Pertahanan tinggi lampai ini digelar sebagai ‘the Defence Pole’ oleh media-media di Jerman lantaran memiliki corak pemainan yang bersih serta rekod disiplin yang baik.

Sejak menyertai Arsenal, penyokong-penyokong The Gunners mengelarkan Mertesacker sebagai BFG singkatan kepada ‘Big Fucking German’. Namun, asal usul perkataan BFG (Big Friendly Giant) berasal dari buku kanak-kanak nukilan seorang penulis Jerman, Roald Dahl yang telah diterbitkan pada 1982. Gelaran BFG diberikan kepada Mertesacker lantaran pertahanan Jerman itu memiliki fizikal yang tinggi dan mampu mendominasi barisan pertahanan dengan baik.

This entry was posted in Informasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply