[HOKI] MALAYSIA DI LANDASAN TERBAIK KE PIALA DUNIA 2014

hockey-malaysia-vs-kanada-nov-2012Mirnawan Nawawi nyata kagum dengan peningkatan drastik yang dipamerkan oleh skuad hoki kebangsaan di bawah kendalian Paul Revington sejak Ogos lalu. Malah, kehadiran Revington bersama pembantunya Arul Selvaraj berjaya membantu Malaysia memperbaiki pencapaian lalu dalam beberapa kejohanan yang disertai setakat ini. Bekas jaguh hoki negara itu yakin bahawa jurulatih dari Afrika Selatan itu telah meletakkan skuad kebangsaan di landasan terbaik untuk memburu tempat ke Piala Dunia pada tahun depan di Belanda.

“Bagi saya terdapat beberapa perubahan ketara yang positif dalam skuad kebangsaan terutama berkaitan dengan corak permainan mereka,” kata Mirnawan Nawawi kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

“Malaysia kini seakan sudah mampu untuk memberikan saingan pada pasukan yang jauh lebih baik dan jika mereka terus kekal begini selain berupaya memberikan cabaran getir terhadap tiga pasukan terbaik dunia sudah tentu pencapaian lebih baik lagi mampu diraih di bawah bimbingan Revington terutama dalam misi melangkah ke Piala Dunia tahun depan.”

Gelaran naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2013 memperbaiki keputusan hambar pada penyertaan tiga edisi lalu. Prestasi memuncak skuad hoki kebangsaan pada kejohanan edisi ke-22 di Ipoh itu dapat dilihat apabila berupaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang lima perlawanan sebelum tewas pada aksi akhir. Malah, Malaysia turut berjaya memperbaiki keputusan dalam beberapa kejohanan besar seperti Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina dengan meraih tempat keempat.

hockey-malaysia-vs-irelandSelepas ini skuad kebangsaan bakal berhadapan dua kejohanan penting untuk meraih tiket melangkah ke Piala Dunia tahun depa iaitu Liga Dunia pusingan separuh akhir di Johor pada 29 Jun hingga 7 Julai ini dan Piala Asia di Ipoh, Perak pada 24 Ogos hingga 1 September 2013. Sementara itu, Mirnawan berkata, tumpuan perlu diberikan pada dua kejohanan tersebut terutama bagi mendapatkan keputusan cemerlang selain bakal menjadi misi paling utama Revington untuk melepasi kelayakan ke Piala Dunia 2014.

“Tidak guna kita sekadar mempamerkan persembahan baik tetapi tidak berupaya mencapai misi yang ditetapkan,” kata bekas jaguh hoki negara itu.

“Bagi saya Revington pasti mempunyai percaturannya tersendiri kerana ketika ini kita sudah mempunyai kelompok pemain yang ramai seperti yang dimiliki pasukan-pasukan terbaik dunia,” jelas Mirnawan lagi.

Kali terakhir skuad kebangsaan layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 2002 di Kuala Lumpur dengan meraih tempat kelapan. Pencapaian terbaik Malaysia pada Piala Dunia adalah meraih tempat keempat pada 1975.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • hoki piala dunia 2014
  • hoki terbaik dunia
  • keputusanpiala dunia hoki 2014
  • pencapaian hoki di piala dunia
This entry was posted in Hoki and tagged , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply