[HOKI] MALAYSIA CEMERLANG TUNDUKKAN KOREA SELATAN

Boon-Huat-Malaysia-v-South-Korea-Mac-2013Malaysia memulakan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi pembukaan semalam. Pemain berpengalaman, Chua Boon Huat muncul wira dengan meledakan gol kemenangan ketika perlawanan hanya berbaki 40 saat untuk ditamatkan dalam penampilan ke-11 buat dirinya dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah.

Perlawanan bermula sengit dengan Paul Revington terpaksa memasukan Baljit Singh pada minit ke-12 bagi mengukuhkan benteng pertahanan sementara Faizal Saari bergandingan bersama Tengku Ahmad Tajuddin. Namun, Malaysia terpaksa bermain dengan 9 0rang pemain selepas dua pemain pertahanan, Baljit Singh dan Muhammad Razie dilayangkan kad hijau tetapi Korea Selatan gagal memanfaatkan kelebihan tersebut.

Malaysia akhirnya di depan selepas Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut penalti selepas Shukri Mutalib dijatuhkan oleh Lee Seung Hoon pada minit ke-20. Percaturan Malaysia memperlahankan rentak permainan bagi menganggu corak permainan Korea Selatan tidak berhasil apabila Nam Hyun Woo berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menewaskan S. Kumar.

Chua Boon Huat kembali meletakan Malaysia di depan pada minit ke-68 namun kembali disamakan oleh Hyun Hye Sung seminit kemudian. Penyerang Malaysia berusia 32 tahun membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan meledakan gol kemenangan Malaysia pada minit-minit akhir perlawanan sekaligus memberi kemenangan berharga buat skuad bimbingan Paul Revington dalam kejohanan edisi ke-22 ini.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 1 – PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2013

Jumaat, 9 Mac 2013

New Zealand 3 – 4 Pakistan
[0-1] Muhammad Imran 19′
[0-2] Abdul Hassem Khan 21′
[0-3] Muhammad Imran 28′
[1-3] Russell Kane 30′
[2-3] Tarrant Blair 52′
[3-3] Hayward Andy 56′
[3-4] Muhammad Imran 58′

Australia 4 – 3 India
[1-0] Matt Gohdes 24′
[2-0] Glen Simpson 38′
[3-0] Matt Gohdes 39′
[3-1] Rupinder Pal Singh 40′
[3-2] Malak Singh 51′
[4-2] Trent Mitton 53′
[4-3] Rupinder Pal Singh 68′

Malaysia 3 – 2 Korea Selatan
[1-0] Faizal Saari 20′
[1-1] Nam Hyun Woo 57′
[2-1] Chua Boon Huat 68′
[2-2] Hyun Hye Sung 68′
[3-2] Chua boon Huat 69′

This entry was posted in Hoki and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply