[HOKI] MALAYSIA BERSEDIA HADAPI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2013

skuad-hoki-negara-yakin-bangkit-malaysia-bolehMalaysia tampil berbeza pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013 yang bakal bermula dari 9 hingga 17 Mac 2013 tanpa pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Amin Rahim yang tidak berada dalam senarai 18 pemain skuad hoki kebangsaan. Namun, tugas untuk menyempurnakan pukulan sudut penalti bakal disandarkan kepada dua tonggak utama, Muhammad Razie Abdul Rahim dan Faizal Saari.

Penolong jurulatih kebangsaan, Arul Selvaraj berkata, keputusan untuk tidak menyenaraikan Amin bukan dibuat atas dasar mahu menyisihkan pemain itu tetapi lebih kepada keperluan semasa pasukan terutama untuk mengukuhkan bahagian pertahanan. Menurut Arul, tempat Amin di posisi pertahanan diisi Baljit Singh yang ketika ini telah membuat 141 penampilan antarabangsa.

“Baljit dan Amin sebelum ini terpaksa bersaing dan keputusan yang dibuat memang amat sukar kerana kami menilai kedua-dua pemain berdasarkan keperluan pada kejohanan ini.”

“Tidak menyenaraikan Amin bukan bermakna dia akan terus disisihkan daripada skuad kebangsaan tetapi peluang buatnya sentiasa ada jika terus mempamerkan prestasi terbaik begitu juga pemain lain.”

Kelmarin Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan dua pemain, Baljit Singh dan Norhizzat Sumantri yang senaraikan di saat akhir bagi menghadapi kejohanan edisi ke-22 itu. Menurut Arul lagi, pemilihan Norhizzat dibuat bagi menggantikan Ismail Abu yang masih belum pulih daripada kecederaan lantaran ketangkasan pemain berusia 22 tahun itu di bahagian serangan.

“Kecergasannya (Norhizzat) berada pada tahap yang amat baik sekali sejak bersama kami dan kami memang memerlukan pemain yang laju di bahagian serangan.”

“Bukan itu sahaja banyak lagi kualiti lain yang memihak Norhizzat terutama berkaitan taktikal,” kata Arul lagi.

Skuad negara bakal membuka langkah pertama dengan dijadual bertemu Korea Selatan untuk aksi pembuka tirai Piala Sultan Azlan Shah esok. Tahun lalu, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Tai Beng Hai sekadar menamatkan saingan di tempat keenam daripada tujuh pasukan yang mengambil bahagian.

SENARAI SKUAD HOKI KEBANGSAAN BAGI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2013

Penjaga gol : S.Kumar, Roslan Jamaluddin
Pertahanan : Baljit Singh, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Muhammad Razie Abdul Rahim, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin
Midfielder : Faiz Helmi Jali, Jivan Mohan, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Muhammad Marhan Mohd Jalil
Penyerang : Azlan Misron, Faisal Saari, Chua Boon Huat, Nabil Fiqri Mohd Noor, Mohd Fitri Saari, Muhamad Azammi Adabi, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil, Norhizzat Sumantri

Incoming search terms:

  • pemain hoki malaysia 2013
This entry was posted in Hoki and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply