[CORETAN] MODEL KEWANGAN ARSENAL – SATU LANGKAH KEHADAPAN

stadium-emirates-cannonArsenal dilihat bakal menamatkan musim ini tanpa kejuaraan sejak kali terakhir menjulang Piala FA pada 2005 yang sekali lagi mengundang pelbagai kritikan daripada sebahagian penyokong-penyokong Arsenal. Terdahulu, pengurusan The Gunners turut dikritik hebat apabila mengambil keputusan menjual dua tonggak utama, Robin van Persie dan Alex Song yang mengundang situasi tidak stabil dan prestasi tidak konsisten pada awal musim ini.

Robin van Persie merupakan penjaring terbanyak Arsenal musim lalu apabila meledak 37 gol dalam 48 perlawanan meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester United dengan bayaran perpindahan bernilai £22.5 juta. Sementara itu, Alex Song yang merupakan pengumpan terbaik dengan 14 assist musim lalu pula telah dijual kepada kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dengan bayaran bernilai £15 juta. Penjualan ini menyaksikan Arsenal bergelut untuk berada di prestasi terbaik pada awal musim ini dan melebarkan kemarau kejuaraan untuk musim ke-8.

Namun, Arsene Wenger telah menandatangani tiga pemain baru dengan relatif harga yang lebih murah kurang daripada £20 juta. Penjaring terbanyak Ligue 1, Olivier Giroud yang dibawa dari Montpellier dengan bayaran benilai £13 juta manakala penyerang antarabangsa Jerman, Lukas Podolski pula tida di Arsenal dengan bayaran perpindahan bernilai £11 juta. Pemain antarabangsa Sepanyol yang pernah menjulang dua kejuaraan EURO pada 2008 dan 2012, Santi Cazorla pula menyertai The Gunners dengan kos dianggarkan bernilai £11.5 juta.

Sehubungan dengan itu, Arsenal kini dilabel sebagai ‘feeder club’ dan kelab besar yang tidak mempunyai cita-cita untuk meraih kejuaraan. Namun, bagi segelintir penyokong Arsenal yang memahami model kewangan (financial) Arsenal akan memandang positif dan menghamburkan pujian yang dilakukan oleh pihak pengurusan agar The Gunners terus bersaing di peringkat tertinggi meskipun masih gagal untuk meraih sebarang kejuaraan musim ini.

MODEL KEWANGAN KELAB BOLA SEPAK INGGERIS

turnover-vs-wage-bill-epl-2010-11Sebelum era Roman Abramovich di Chelsea, hampir kesemua kelab-kelab Liga Perdana Inggeris menggunakan model kewangan yang digunakan oleh Arsenal di mana tidak jauh berbeza dengan kelab-kelab besar seperti Man United, Liverpool dan Tottenham Hotspurs. Model kewangan ini untuk memastikan kelab tidak bankrap dan dapat bertahan untuk jangka masa panjang untuk meraih kejuaraan dan meningkatkan pendapatan kelab. Model kewangan ini menekan perbelanjaan kelab bergantung kepada perolehan kelab itu sendiri.

Berbeza pula dengan model kewangan yang digunakan oleh Chelsea dan Man City di mana mengamalkan perbelanjaan melebihi sumber pendapatan/perolehan kelab. Meskipun setiap tahun kelab-kelab ini mengalami kerugian kerana berbelanja besar untuk membeli pemain yang mahal dan memberikan gaji yang tinggi untuk menjulang trofi. Manakala kerugian kelab ditutup dengan suntikan dana besar dalam pemilik kelab setiap tahun asalkan dapat meraih kejuaraan.

Chelsea yang dimiliki oleh ‘Sugar Daddy’ yang kaya-raya di mana sentiasa ghairah memburu kejuaran saban musim. Tidak hairanlah bagaimana Roman Abramovich sentiasa menukar pengurus yang gagal memberikan kejayaan serta turut campur tangan dalam urusan pembelian pemain-pemain untuk memastikan kejuaraan menjadi miliki mereka. Model ini turut diikuti oleh The Citizen yang dimiliki oleh jutawan minyak kaya dari UAE, Sheikh Mansour bin Zayed bin Sultan Al Nahyan.

Lantaran itu, terdapat segelintir penyokong-penyokong yang mahukan Arsenal mengguna model kewangan yang diadapatasi oleh Chelsea dan Man City bagi menjadikan Arsenal lebih kompetatif untuk kembali menjulang kejuaraan dengan menggunakan peranan ‘Sugar Daddy’ yang kaya-raya dengan suntikan dana kewangan yang besar. Namun, kelab-kelab yang terlalu bergantung kepada pemilik kelab yang kaya-raya berdepan dengan risiko yang sangat besar pada masa depan.

Kehadiran ‘Sugar Daddy’ yang kaya-raya menawarkan harapan untuk menyelamatkan kelab daripada kebangkrapan dan menjanjikan prestasi yang lebih gemilang. Komitmen itu terbukti dengan Roman Abramovic yang telah melangsaikan semua hutang Chelsea, mengambil alih kelab dengan harga yang murah dan membeli pemain-pemain berkualiti yang mahal telah berjaya memberikan kejuaraan kepada Chelsea. Dalam tempoh dua tahun, Roman Abramovic umpama ‘Godfather’ yang menjadi pujaan setiap peminat-peminat The Blues.

Namun, pastinya Roman Abramovic mempunyai agenda tersendiri yang mahu mendapat pulangan selepas mengeluarkan pelaburan yang banyak kepada kelab. Idealnya, dalam jangka masa panjang Chelsea akan diperdagangkan oleh Roman Abramovic setelah kelab miliknya itu berada di kedudukan yang stabil. Nyata selepas 9 tahun mengambil alih The Blues, kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Carling dan Liga Juara-Juara Eroapah dalam gengaman Chelsea.

4-Chelsea Profit TrendGraf di atas menunjukan kerugian yang dialami oleh Chelsea dari 2005 hingga 2011 di mana The Blues mengalami kerugian mencecah £140 juta kerana pada tahun itu Jose Mourinho telah membeli banyak pemain-pemain yang mahal dalam usaha menyaingi Man United dan Arsenal. Tahun-tahun berikutnya, Chelsea terus mengalami kerugian namun sedikit berkurang sekitar £70 juta setiap namun tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana institusi atau syarikat di seluruh dunia.

Pada tahun 2010, Chelsea menerima pencabar barunya apabila Man City mula diambil alih oleh jutawan Arab yang kaya-raya. Kelab berpangkalan di Manchester itu mencatatkan kerugian berjumlah £121 juta pada tahun 2010 dan £197 juta pula pada 2011. Jumlah kerugian keseluruhan berjumlah £318 juta dalam tempoh 2 tahun namun The Citizen berjaya merangkul satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan satu Piala FA. Adakah nilai ini berbaloi untuk kejuaraan tersebut.

Premier-League-Profit-RevenueLantaran itu, timbul pelbagai persoalan mengenai rasional model kewangan yang diadaptasi oleh Chelsea dan Man City.

– Adakah ini merupakan langkah yang bijak dengan mengeluarkan perbelanjaan besar yang berhasil meraih kejuaraan relevan untuk temph jangka masa panjang?

– Adakah pemilik-pemilik kelab yang kaya-raya mampu untuk terus bertahan mengeluarkan pembelanjaan besar dalam tempoh jangka masa panjang?

-Bilakah kelab ini akan terus menderita dengan kerugian dan mampu keluar daripada zon merah?

Meskipun kelab-kelab seperti Chelsea dan Man City yang berjaya meraih kejuaraan  selepas mengeluarkan perbelanjaan yang besar namun adakah model ini berhasil untuk meletakkan kelab ini dalam jajaran kelab elit di Eropah yang memiliki pendapatan yang tinggi seperti Man United dan Arsenal. Pendapatan yang tinggi ini mampu untuk membeli pemain-pemain yang mahal, membayar hutang dan menjana keuntungan tetap

Mampukah Manchester City menjadi Manchester United baru? Kelab terkaya di dunia yang mempunyai kekuatan komersial yang besar dan sehingga mampu membiayai kelab tanpa bantuan daripada pemiliknya. Malcom Glazer tidak perlu mengeluarkan dana peribadi untuk membiayai kos operasi kelab dan pembelian pemain setiap tahun. Begitu juga seperti Real Madrid yang mampu membiayai pembelian Cristiano Ronaldo dengan hasil jualan jersi sahaja.

Dan apabila model kewangan tidak berhasil untuk jangka masa panjang, maka ‘Sugar Daddy’ yang kaya-raya kemungkinan akan meninggalkan kelab dan mereka berada di ambang kehancuran. Situasi tersebut penah menimpa beberapa kelab terdahulu seperti Leeds United, Nottingham Forest dan sebagainya yang kini terus hilang dalam pentas Liga Perdana Inggeris. Lantaran itu, kini nasib kelab seperti Chelsea dan Man City akan terus bergantung kepada pemilik kelab yang kaya-raya.

ARSENAL HANYA KELAB MENJUAL PEMAIN BINTANG

Berbalik kepada situasi kewangan Arsenal yang semakin mengukuh dengan hutang pembinaan Stadium Emirates semakin hampir dilangsaikan sebaliknya masa depan kelab yang dimiliki oleh ‘Sugar Daddy’ semakin suram. Model kewangan dan pengurusan Arsenal tampak lebih berdaya saing meskipun menjual pemain-pemain utama setiap tahun. Meskipun Arsenal dilabel selaku ‘feeder club’ kepada kelab ‘Sugar Daddy’ namun masih ampuh bersaing peringkat tertinggi bola sepak Eropah.

revenue-split-on-top-10-club-2011-12Mungkin Arsenal terlalu sukar untuk bersaing dari segi kewangan dengan ‘Sugar Daddy Club’ (Chelsea, Man City), Established Club (Man United) atau Goverment Club (Real Madrid, Barcelona) ibarat berada di kelas yang berbeza namun The Gunners kini dalam perjalanan untuk menjadi kelab mapan seperti Man United dan Bayern Munich tidak lama lagi. Established Club seperti Man United yang memiliki kewangan yang stabil dan sumber penajaan yang kukuh serta jaringa peminat yang besar di seluruh dunia.

Berbeza pula dengan Government Club seperti Real Madrid dan Barcelona yang mendapat dana kewangan daripada pemerintah setempat dan memperoleh pendapatan besar daripada hak penyiaran berbanding 18 kelab La Liga yang lain. Kedua-dua kelab ini menjadi kebanggaan Catalunya dan Madrid. Mungkin adalah tidak adil untuk membandingkan kemampuan kewangan Arsenal dengan kelab-kelab ini sehingga Arsenal mencapai tahap sepenuhnya sebagai Established Club.

Premier League Revenue GrowthGrafik jelas menunjukan bagaimana Arsenal bukan sahaja mampu bertahan malah berjaya meningkatkan pendapatannya. Pada 2005, jumlah pendapatan Arsenal adalah berjumlah £115 juta namun telah meningkat sekali ganda pada 2011 sekali menjadi kelab kedua yang mempunyai pendapat paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris. Salah satu faktor yang meningkatkan jumlah pendapatan Arsenal adalah disebabkan oleh perpindahan dari Highbury ke Ashburton Grove.

Meskipun Arsenal era Highbury cukup gah dengan kejuaraan namun tidak cukup mapan dari segi kewangan menyebabkan pengurusan Arsenal mencari alternatif untuk mengatasinya. Dengan kapasiti stadium sekitar 35,000 penonton, pendapatan kelab sangat kecil jika dibandingkan dengan Man United yang memiliki stadium berkapasiti 75,000 penonton. Meskipun begitu, Arsenal masih ketinggalan daripada persaingan pendapatan kelab elit Eropah.

Faktor ini disebabkan oleh kos pembiayaan pembinaan stadium baru bernilai £460 juta menyaksikan Arsenal terdesak untuk mendapatkan di mana menandatangani kontrak penjenamaan yang agak rendah daripada Fly Emirates berjumlah £100 juta untuk tempoh 15 tahun serta menerima £5.5 juta hak penajaan jersi Arsenal (antara yang terendah dalam Liga Perdana Inggeris). Selain itu juga, Arsenal turut menerima penajaan pembekalan jersi rasmi Arsenal daripada Nike yang rendah berbanding kelab elit Eropah yang lain.

Namun, lanskap ini bakal berubah pada musim baru yang akan datang di mana Arsenal sudah menandatangani kontrak penajaan baru jersi Arsenal dengan Fly Emirates bernilai £150 juta selama 5 tahun sehingga 2018 manakala hak penjenamaan Stadium Emirates kekal sehingga 2028. Selain itu, Arsenal dijangka bakal menandatangani kontrak pembekalan jersi rasmi dengan pembekal barangan sukan, Puma berjumlah £30 juta setiap tahun sehingga 2020 berbanding £12.5 juta yang diterima dari Nike sebelum ini.

Arsenal-Fly-Emirates-sponsorshipTidak hairanlah jika sebelum ini Arsenal tidak mampu untuk menunaikan permintaan gaji yag tinggi bekas pemain seperti Robin van Persie dan Samir Nasri malah struktur gaji pemain-pemain Arsenal hampir setaraf dengan kelab-kelab bawahan di Liga Perdana Inggeris. Faktor ini menyaksikan Arsenal gagal membawa masuk nama-nama besar yang memerlukan kos dan perbelanjaan yang banyak lantaran unjuran kewangan Arsenal yang tidak kukuh.

Kelemahan kewangan ini menyaksikan Arsenal mudah disabotaj oleh kelab-kelab kaya seperti Chelsea, Man City dan sebagainya dalam urusan perpindahan pemain. Lantaran itu, Arsenal kini cukup berhati-hati dalam urusan perpindahan pemain yang kebanyakan dilakukan secara senyap-senyap untuk mengelakan gangguan daripada kelab-kelab lain. Hampir kesemua pemain-pemain Arsenal dibawa masuk dengan kos yang murah dan berjaya memberi impak yang berkesan dai samping memiliki prestasi yang mantap.

Dengan memahami model kewangan Arsenal, penyokong-penyokong The Gunners dapat menerima setiap keputusan dan perancangan yang dilakukan oleh pengurusan Arsenal. Model kewangan yang diadaptasi oleh Arsenal ini juga telah menjadi model yang mula digunakan oleh kelab-kelab di Eropah berdasarkan Peraturan Fair Financial Play UEFA. Lantaran itu, Arsenal telah memulakan usaha ke hadapan dalam mengimbangan situasi kewangan kelab sejak 1999 lagi.

Meskipun segelintir penyokong Arsenal menganggap pembinaan stadium baru merupakan satu langkah ke belakang lantaran The Gunners gagal meraih kejuaraan sejak 8 musim yang lalu. Namun ini sebenarnya harga yang perlu dibayar dalam usaha membina sebuah kelab yang mapan seperti Bayern Munich dan Man United. Malah, kelab-kelab seperti Liverpool, Chelsea dan QPR turut menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah Arsenal untuk membina stadium baru yang lebih besar dan canggih sekaligus menjadi sebuah kelab yang mapan dan berdaya saing.

** Ini merupakan artikel ke-800 dalam Arsenal4u.com

Incoming search terms:

  • club liga inggris paling banyak untung jualan pemain
This entry was posted in Coretan and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply