[BULETIN] GODFREY OBOABONA BAKAL JALANI PERCUBAAN BERSAMA ARSENAL

Godfrey_Oboabona_Nigeria_2013Arsenal terus berusaha memburu bek tengah baru meskipun sudah memiliki Thomas Vermaelen, Per Mertesacker dan Laurent Koscielny. Terbaru, The Gunners telah memberi peluang kepada pertahanan muda Nigeria, Godfrey Oboabona bagi menjalani ujian percubaan di Stadium Emirates. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Nigeria yang menjulang Kejuaraan Negara-Negara Afrika (AFCON) 2013 awal Februari lalu.

Godfrey Oboabona kini beraksi bersama kelab Nigeria, Sunshine Stars dan sudah memiliki 19 caps bersama negaranya sejak mendapat debut pada 2012. Pemain kelahiran Akure, Nigeria ini menjadi sasaran beberapa kelab Eropah selepas mempamerkan aksi mantap dalam Kejohanan Negara-Negara Afrika 2013 selain turut mendapat pujian daripada bekas penyerang prolifik Chelsea, Didier Drogba ketika membantu negaranya menewaskan Ivory Coast pada peringkat suku akhir.

Arsenal dilihat tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat bintanu muda Super Eagles ini yang dianggarkan bernilai £1 juta. Godfrey Oboabona juga merupakan seorang pemain yang versetail yang mampu beraksi di perbagai posisi pertahanan termasuk juga di bahagian midfielder. Namun, peluang The Gunners lebih cerah kerana kapten Sunshine Stars ini mengakui bahawa Arsenal merupakan kelab yang diminatinya.

“Arsenal adalah kelab yang saya minati sejak kecil lagi dan saya ingin bermain di sana suatu hari nanti. Ketika ini, saya sudah menerima beberapa tawaran daripada kelab-kelab utama di Eropah,” kata pertahanan berusia 22 tahun itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply