[BULETIN] SANTI CAZORLA PEMAIN TERBAIK BULAN FEBRUARI

Santi-Cazorla-potm-February-2013Santi Cazorla dipilih selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan Februari setelah berjaya menampilkan aksi cemerlang bersama The Gunners sepanjang bulan lalu. Pemain tengah Sepanyol itu membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya apabila berjaya menjaringkan 3 gol dalam 5 perlawanan. Ini merupakan kejayaan ketiga Cazorla selepas berjaya memenanginya pada bulan Ogos dan September tahun lalu.

Pemain berusia 27 tahun ini menjaringkan gol kemenangan ketika membantu Arsenal menewaskan Sunderland serta dua gol ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Namun, Cazorla disaingi hebat oleh Jack Wilshere yang hanya ketinggalan 0.8% di tempat kedua selepas bintang antarabangsa England turut menampilkan aksi yang konsisten meskipun gagal membantu Arsenal menewaskan Blackburn Rovers dan Bayaern Munich.

Santi Cazorla berjaya memperoleh undian sebanyak 44.2% mengatasi Jack Wilshere dengan 43.4% undian manakala Lukas Podolski menduduki tempat ketiga dengan 2.9% undian. Pemilihan ini dibuat menerusi undian yang dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.com. Sementara itu, jaringan Lukas Podolski ketika menentang Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dipilih selaku Gol Terbaik bagi Bulan Februari.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply