[BULETIN] AUBAMEYANG, SANOGO DALAM PERHATIAN THE GUNNERS

Gabon's striker Pierre-Emerick Aubameyang (R) duels for the ball with Morocco's Garcele Mehdi FrancoisArsenal menyertai Chelsea, Newcastle United dan Tottenham Hotspurs dalam persaingan untuk mendapatkan tandatangan penyerang Saint-Etienne, Pierre-Emerick Aubameyang. Peninjau Arsenal, Gilles Grimandi telah diarah untuk melihat lebih dekat aksi penyerang yang digelar ‘Neymar Afrika’ ketika kelabnya seri 2-2 dengan Rennes semalam. Pemain muda berusia 23 tahun telah menjaringkan 17 gol dalam 32 perlawanan bersama Saint-Etienne setakat ini.

Emerick Aubameyang merupakan pemain berdarah Gabon kelahiran Laval, Perancis dan namun memilih untuk mewakili Gabon di mana telah mendapat debut pada 25 Mac 2009. Sehingga kini, Aubameyang sudah menjaringkan 8 gol daripada 29 perlawanan bersama skuad kebangsaan Gabon termasuk membantu mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika 2012. Namun, The Gunners perlu menyedia perbelanjaan sebanyak £10 juta untuk membawa khidmat pemain berusia 23 tahun ini ke Stadium Emirates.

Dalam masa yang sama, Arsenal turut memantauYaya Sanogo France perkembangan pemain muda Perancis, Yaya Sanogo yang beraksi bersama kelab Ligue 2, Auxerre. Penyerang berusia 20 tahun itu telah menjaringkan 7 gol daripada 7 penampilan musim ini.

Pemain muda Perancis ini berjaya menarik minat Arsene Wenger lantaran memiliki ketinggian 1.90m ini selain merupakan antara prospek yang bakal menyinar dalam saingan bola sepak Eropah.

Yaya Sanogo merupakan pemain kelahiran Massy, Perancis ini turut menarik perhatian beberapa kelab utama Perancis, Jerman dan Itali. Bekas kapten Perancis B-17 ini bakal menuju pintu keluar dari Auxerre bagi mengembangkan karier bola sepak serta mengintai peluang untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, kontrak Sanogo bersama Auxerre bakal berakhir pada penghujung musim ini.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply