[BULETIN] ARSENE WENGER KOMITED DENGAN ARSENAL

arsene-wenger-agm-2012Arsene Wenger telah menolak khabar angin yang mengatakan dirinya bakal meninggalkan Arsenal sebaliknya pengurus berbangsa Perancis itu menegaskan bahawa dia mempunyai keinginan untuk memperbaiki nasib The Gunners. Pengendali Arsenal berusia 63 tahun itu kembali dihimpit tekanan dan kritikan selepas bakal mengharungi musim ke-8 tanpa kejuaraan sejak kali terakhir pada 2005.

Begitupun, Arsene Wenger menjadi sasaran beberapa kelab utama di Eropah yang berminat mendapatkan khidmatnya termasuk Real Madrid dan Paris Saint-Germain. Kontrak semasa Wenger bakal tamat pada akhir musim 2013-14 dan beliau menegaskan dia tidak akan meninggalkan Stadium Emirates sebelum tarikh keramat itu kerana mahu meneruskan usaha untuk menamatkan kemarau trofi Arsenal.

“Saya masih mempunyai keinginan (untuk perbaiki nasib kelab). Saya berada di bawah kontrak sehingga 2014 dan saya mahu menghabiskan kontrak saya,” kata Arsene Wenger.

Dalam masa yang sama, Wenger menegaskan fokus pasukannya kini untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat pasukan terbaik sekaligus meraih tiket beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Pengurus berusia 63 tahun itu kekal optimis meskipun Arsenal kini ketinggalan di kedudukan kelima liga di belakang Manchester United, Manchester City, Tottenham Hotspurs dan Chelsea.

Arsenal+v+Southampton++Premier+League“Saya sentiasa percaya kami mempunyai kualiti untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik,” kata pengurus berusia 63 tahun itu lagi.

“10 perlawanan terakhir merupakan satu perjalanan yang panjang dan kami perlu mengekalkan konsistensi. Perlawanan di tempat lawan sangat penting bagi menentukan kedudukan terakhir kami.”

“Perlawanan Sabtu ini (menentang Swansea) merupakan salah satu perlawanan besar di tempat lawan, dan kami bersedia menghadapinya.”

“Jika anda bertanya mana-mana kelab, keutamaan pastinya untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Begitu juga dengan kami. Itu merupakan fokus kami dan yakin untuk melakukannya. Itu akan memberi peluang kepada kami untuk beraksi di peringkat tertinggi musim depan.”

“Selagi mana kami berada dalam persaingan di mana kami akan fokus dengan semulajadi. Hanya satu perkara yang kami harapkan mereka (Chelsea dan Spurs) kehilangan mata dan kami tidak,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply