[BULETIN] ARSENAL NAFI WILSHERE ALAMI KECEDERAAN SERIUS

Jack-Wilshere-vs-Bayern-MunichArsenal menafikan khabar angin bahawa bintang tengah England, Jack Wilshere terpaksa diketepikan untuk tempoh masa. Terdahulu, pemain muda berusia 21 tahun itu dikhabarkan mengalami kecederaan pergelangan kaki kanan yang serius dan bakal berehat selama 6 minggu. Namun, Arsenal menolak khabar angin tersebut dengan menegaskan bahawa Wilshere bakal kembali menjelang perlawanan menentang Reading hujung bulan ini.

Musim lalu, Jack Wilshere terpaksa diketepikan sepanjang musim kerana mengalami kecederaan buku lali dan lutut yang serius ketika perlawanan pra-musim menentang New York Red Bulls sebelum kembali bersama skuad utama The Gunners pada hujung Oktober lalu. Namun, Wilshere sekali lagi dihimpit kecederaan ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Spurs awal bulan ini menyaksikan pemain muda ini terlepas aksi penting menentang Bayern Munich dan Swansea City.

Pemain kelahiran Stevenage, London ini bakal terlepas tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan England di bawah kendalian Roy Hodgson dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang San Marino (23 Mac) dan Montenegro (27 Mac). Sebaliknya, pihak pengurusan Arsenal menegaskan bahawa Wilshere tidak mengalami kecederaan serius dan turut menjalani rawatan bersama pakar di Dubai.

“Tiada perubahan terhadap tempoh pemulihan Jack (Wilshere). Tiada kemunduran atau kecederaan lain di pergelangan kakinya,” kata jurucakap Arsenal.

“Tiada keraguan mengenai masalah kecederaan jangka masa panjang. Jack bakal berehat dan kami bakal bersedia untuk kembali menjalani latihan tidak lama lagi. Dia bakal kembali dalam perlawanan menentang Reading.”

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply