[BULETIN] ARSENAL MAHUKAN ‘WILSHERE BARU’

Daniel-Crowley-England-vs-RussiaArsenal dilaporkan sedang memantau dengan serius perkembangan bintang remaja sensasi Aston Villa, Daniel Crowley. Pemain tengah berusia 15 tahun itu disebut-sebut sebagai ‘Wilshere Baru’ serta dinilai antara prospek masa depan bola sepak England. The Gunners kini dilihat sedang berusaha untuk membawa pemain muda itu ke utara London dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai £1 juta.

Skuad peninjau bakat Arsenal telah memantau pemain yang memiliki keupayaan melakukan hantaran-hantaran yang bijak dan kreatif serta turut menyaksikan kelibat Crowley bersama skuad kebangsaan England B-17 ketika tewas kepada Russia 1-2 malam Isnin lalu. Wenger dikhabarkan sudah memberikan lampu hijau untuk melengkapkan perpindahan pemain tengah berusia 15 tahun itu serta bersedia untuk membayar pampasan kepada Aston Villa.

Meskipun ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan serta peluang beraksi dalam skuad utama remaja Arsenal namun Crowley menyatakan kesetiaanya untuk terus kekal di Midlands. Namun, Arsenal akan terus berusaha memujuk bintang remaja England itu untuk membawanya ke utara London. Selain The Gunners, Chelsea dan Manchester United turut menunjukkan minat untuk mendapatkan Crowley.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply