[BERITA] NAZIRUL NAIM JADI PILIHAN BERSAMA WAN ZACK HAIKAL

Nazirul-Naim-Che-Hashim-Harimau-MudaBek kiri Harimau Muda A, Nazirul Naim Che Hashim mencuri tumpuan apabila terpilih untuk beraksi di kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu bersama pemain sayap Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Noor. Pemain kelahiran Kuala Kangsar berusia 19 tahun itu menjadi pilihan dalam kesebelasan utama Harimau Muda A selaku pemain bek kiri selain mampu beraksi cemerlang sebagai sayap kiri. Pemilihan Nazirul itu diakui oleh jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee.

“Ryukyu berdepan masalah di bahagian pertahanan kerana mereka kekurangan pemain malahan tiada banyak pilihan di posisi bek kiri,” kata Ong Kim Swee kepada Utusan Malaysia.

”Tambahan pula, Nazirul secara semula jadi memang seorang pemain yang menggunakan kaki kiri dan mempunyai larian yang cukup pantas. Dia berjaya memikat delegasi Ryukyu untuk disenaraikan.”

”Bukannya Kecik (Wan Zaharulnizam) tidak bagus atau gagal tetapi mereka sudah mempunyai ramai pemain yang mampu beraksi di posisi sayap tambahan Wan Zack juga bermain di posisi yang sama.”

wan-zack-haikal-malaysia-vs-sri-lankaBuat masa ini, Kim Swee menjelaskan, pihaknya perlu memastikan urusan perbincangan kontrak dapat memuaskan hati semua pihak sebelum kedua-dua pemain tersebut sah menjadi pemain terbaru FC Ryukyu yang berpengkalan di Okiniwa. Terdapat beberapa klausa yang perlu dipatuhi dan dirujuk kepada FAM terlebih dahulu selain untuk memastikan mereka akan diberi peluang untuk mewakili negara andai khidmat mereka diperlukan.

Nazirul Naim dijangka akan berangkat ke Jepun terlebih dahulu sementara Wan Zack Haikal masih mempunyai komitmen dengan pasukan Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Arab Saudi, 17 Mac ini serta perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen, 22 Mac ini. Pintu perpindahan pemain bagi J-League (Liga Jepun) akan ditutup pada 29 Mac ini.

Sementara itu, pengurus besar FC Ryukyu, Kaneko Tatshuhito mengakui pemain-pemain Malaysia memiliki kemampuan untuk bermain dan bersaing dalam liga luar seperti Liga Jepun (J-League). Tatshuhito mengakui hairan lantaran kurang pemain-pemain Malaysia diberi peluang dan menegaskan bahawa cukup bertuah mendapat khidmat dua pemain Malaysia yang bakal menjadi perintis pertama beraksi di Liga Jepun.

”Melalui pemerhatian saya pada perlawanan antara Jepun dan Malaysia dalam perlawanan kelayakan Olimpik, saya terkejut negara ini sebenarnya mempunyai ramai pemain yang cukup bagus,” kata Kaneko Tatshuhito baru-baru ini.

latihan-Harimau-Muda-di-Australia”Anda (Malaysia) mempunyai banyak pemain berbakat dan sepatutnya kebanyakan daripada mereka ini boleh bermain di J-League tetapi saya hairan mereka tidak meraih peluang berkenaan.”

”Jadi, saya rasa Ryukyu cukup bertuah kerana berpeluang mengambil mereka ke sana dan terus terang saya perkatakan, peluang pemain negara ini ke sana cukup cerah.”

”Pemain dari negara ini mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat tertinggi kerana daripada pemerhatian saya, mereka ada kekuatan dari aspek fizikal dan sanggup bekerja kera di atas padang.”

”Jadi, saya tidak hairan jika lebih ramai pemain dari negara ini mampu melangkah lebih jauh pada masa akan datang,” katanya lagi.

This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply