[BERITA] FAKRI SAARANI SERTAI THE RED WARRIORS

ahmad-fakri-saarani-sertai-kelantanSpekulasi mengenai kepulangan Ahmad Fakri Saarani terlerai apabila penyerang Harimau Malaya itu telah menandatangani kontrak bersama The Red Warriors kelmarin. Penyerang berusia 23 tahun itu akhirnya meninggalkan kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico SC selepas 3 bulan beraksi sejak Januari lalu. Terdahulu, pemain muda negara Nazmi Faiz melakukan keputusan mengejut apabila meninggalkan kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira Mar dengan menandatangani kontrak bersama PKNS FC pada Februari lalu.

Kehadiran Fakri Saarani bersama Kelantan dilihat sebagai langkah drastik The Red Warriors dalam misi mempertahan kejuaraan trebel yang dimenangi tahun lalu. Meskipun kepulangannya untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dikaitkan dengan masalah kewangan seperti yang menimpa Nazmi Faiz, namun penyerang kelahiran Kota Bharu itu menafikannya dengan mengakui belum menerima sebarang tawaran kontrak lanjutan bersama Atletico SC.

“Saya balik sebab saingan liga di sana telahAhmad-Fakri-Saarani-Malaysia-XI-v-Arsenal habis,” kata Fakri Saarani kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

“Ketika saya beraksi dengan pasukan Atletico SC saingan liga berkenaan sudah memasuki peringkat pertengahan.”

“Sementara duduk di sana tanpa berbuat apa, saya mendapat tawaran dari beberapa pasukan untuk beraksi dalam saingan Liga M.”

“Saya ada menunggu maklum balas pasukan berkenaan berhubung penyambungan kontrak, namun difahamkan ada masalah.”

“Ejen saya telah ke sana dan berbincang mengenai masalah ini. Keputusan yang terbaik diambil ialah pulang ke tanah air dan akhirnya memilih untuk menyarung jersi The Red Warrriors.”

Fakri Saarani tampil selaku pemain Malaysia kedua yang berjaya beraksi dalam Liga Portugal apabila ditawarkan kontrak percubaan selama 6 bulan bersama Atletico SC pada awal Janauri lalu. Lantaran gagal mendapat sebarang tawaran yang meyakinkan unuk meneruskan karier di Liga Portugal, Fakri Saarani akhirnya memilih untuk menyarung jersi Kelantan selepas teruja melihat prestasi yang dipamerkan oleh The Red Warriors dalam saingan musim ini.

fakri-saarani-trial-in-portugal-league“Saya bertekad untuk menggunakan segala pengalaman yang ditimba sepanjang berada di Portugal untuk membantu pasukan Kelantan musim ini. Impian saya untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan memberikan aksi terbaik buat penyokong setia Kelantan,” kata Fakri Saarani lagi.

Ahmad Fakri Saarani dilahirkan Kota Bharu, Kelantan tnamun memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak bersama skuad Piala Presiden Perak pada tahun 2006 sebelum diserap ke dalam skuad senior Perak selama dua musim (2007-2008). Bintang Ahmad Fakri terus bersinar apabila beliau kemudiannya dipanggil menyertai skuad Harimau Muda A pada musim 2008 hingga 2009. Selain itu, dia juga pernah beraksi dengan beberapa pasukan seperti Perlis, Negeri Sembilan dan Felda United.

This entry was posted in Berita and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply