[BERITA] BADHRI RADZI AKHIRNYA DALAM SENARAI K. RAJAGOPAL

malaysia-vs-chelsea-2011Selepas dikritik hebat, pengendali skuad kebangsaan akhirnya memanggil kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya untuk menyarung jersi kebangsaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa dan perlawanan kelayakan Piala Asia 2015. Sebelum ini, Datuk K. Rajagopal dipersoalkan lantaran tidak pernah memberi peluang kepada Badhri Radzi meskipun cemerlang membantu The Red Warriors merangkul pelbagai kejuaraan domestik termasuk kejayaan trebel musim lalu sepanjang membimbing skuad kebangsaan sejak 2009.

Sebelum ini, Piya hanya sekali menyarung jersi kebangsaan ketika mewakili Pilihan Malaysia menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada 21 Julai 2011 di bawah bimbingan Ong Kim Swee. Pemain kelahiran Kota Bahru ini bakal bersama tiga orang lagi pemain Kelantan termasuk Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim dan Mohd Shakir Shaari manakala penyerang Kelantan yang bersama skuad kebangsaan ketika menentang Qatar, Nor Farhan Muhammad disisihkan

Sementara itu, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim dipanggil semula selepas tidak tersenarai untuk pertemuan kelayakan Piala Asia bertemu Qatar awal Februari lalu. Norshahrul Idlan terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan buku lali sementara Safiq rahim pula menjalani pengantungan perlawanan antarabangsa selepas menerima kad merah ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 23 Julai 2011.

latihan-Harimau-Malaya-Wisma-FAMBintang Johor Darul Takzim Fc, Mohd Safee Sali pula terus diketepikan selepas belum pulih dari kecederaan manakala penyerang Pahang, Fauzi Roslan yang dilihat cemerlang pada awal saingan Liga Super dan dibawa ke Qatar sebelum ini, hanya berada dalam senarai menunggu bersama-sama 13 lagi pemain lain. Antara nama-nama baru yang berada di dalam senarai persediaan ialah pemain Darul Takzim, Kamarul Afiq Kamaruddin, pemain tengah Negeri Sembilan, Mohd. Nazrin Nawi, penyerang Selangor, Muhammad Ramzul Zahini Adenan dan orang besi Pahang, Mohd. Saiful Nizam Miswan selain Mohd Fauzi Roslan (Pahang).

Semua pemain yang terpilih perlu melaporkan diri pada Isnin depan di Wisma FAM. Skuad negara akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Arab Saudi pada 17 Mac serta kelayakan Piala Asia bertemu Yemen pada 22 Mac 2013. Anak buah Datuk K. Rajagobal kemudian akan mengadakan perlawanan bola sepak amal bertemu Palestin bagi mengumpul dana untuk rakyat Palestin pada 26 Mac ini.

SENARAI 27 PEMAIN YANG MENJALANI LATIHAN SKUAD KEBANGSAAN

1. Mohd Khyril Muhymeen Zamri (Kedah)
2. Mohd Farizal Marlias (Perak)
3. Yong Kuong Yong (Perak)
4. Abdul Hadi Yahya (Perak)
5. Mahalli Jasuli (Selangor)
6. Norazlan Razali (Selangor)
7. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
8. Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor)
9. Abdul Shukur Jusoh (Selangor)
10.Aidil Zafuan Abdul Radzak (Darul Takzim FC)
11. Norshahrul Idlan Talaha (Darul Takzim FC)
12. Mohd Safiq Rahim (Darul Takzim FC)
13. Mohd Azamuddin Akil (Pahang)
14. R.Gopinathan (Pahang)
15. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
16. Nik Shahrul Azim (Kelantan)
17. Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
18. Mohd Badhri Radzi (Kelantan)
19. Mohd Faizal Muhammad (Terengganu)
20. Mohd Ashaari Samsuddin (Terengganu)
21. Mohd Zubir Azmi (Terengganu)
22. Abdul Manaf Mamat (Terengganu)
23. Amirizdwan Taj Tajuddin (ATM)
24. K.Reuben (ATM)
25. Mohd Helmi Remeli (PKNS FC)
26. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)
27. Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda)

Incoming search terms:

  • pemain pahang 2015
  • senarai pemain pahang 2015
  • senarai pemain terengganu 2015
  • pemain baru pahang 2015
  • senarai pemain kelantan 2015
  • pemain kelantan 2015
  • pemain perak 2015
  • senarai pemain perak 2015
  • skuad terengganu 2015
  • senarai nama pemain pahang 2015
This entry was posted in Berita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply