[UCL] TUGAS SUKAR ARSENAL MENANTI KUNJUNGAN BAYERN MUNICH

Arsenal-v-Bayern-MunichArsenal berdepan tugas sukar menanti kunjungan Bayern Munich di Stadium Emirates dalam saingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah awal pagi nanti. The Gunners kembali berdepan krisis ekoran kekalahan 0-1 kepada Blackburn Rovers sekaligus tersingkir dari saingan Piala FA. Sementara Bayern Munich pula berada di prestasi terbaik dengan gah mendahului tahta Bundesliga 15 mata mengatasi pencabar terdekat, Borrusia Dortmund.

The Gunners bakal turun tanpa khidmat dua bek kiri, Kieran Gibbs yang mengalami kecederaan paha manakala Nacho Monreal pula terikat dengan peraturan UEFA di mana sudah beraksi bersama Malaga CF dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Sementara itu, Laurent Koscielny berdepan keraguan selepas perlawanan menentang Blackburn namun dijangka sempat pulih dan sedia untuk diturunkan

Bayern Munich bakal mendapat kembali khidmat Javi Martinez yang pulih dari kecederaan selepas direhatkan dalam perlawanan menentang Wolfburg hujung minggu lalu. Namun, Claudio Pizarro (illness) dan Holger Badstuber (lutut) terpaksa disisihkan kerana belum pulih daripada kecederaan. Jerome Boateng pula bakal menjalani pengantungan satu perlawanan selepas menerima kad merah dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Arsenal+v+Southampton++Premier+LeagueWojciech Szczesny bakal mengemudi benteng terakhir Arsenal sementara Per Mertesacker dan Laurent Koscielny bakal bergandingan selaku pertahanan tengah dibantu oleh Bacary Sagna di posisi bek kanan manakala Thomas Vermaelen bakal mengisi posisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nacho Monrel selaku bek kiri. Mikel Arteta pula dijangka akan terus mengemudi jentera tengah Arsenal selaku defensive midfielder.

Abou Diaby yang bakal memainkan peranan selaku box-to-box midfielder manakala Jack Wilshere pula akan diturunkan selaku attacking midfielder bagi mencipta gerakan buat jentera serangan Arsenal. Santi Cazorla bakal memainkan peranan di posisi sayap kanan sementara Lukas Podolski beraksi di posisi sayap kiri. Sementara itu, Theo Walcott pula bakal diberi peranan selaku center foward bagi merobek benteng The Bavarians.

Di kem Bayern pula, Manuel Neuer bakal bertindak selaku penjaga gol. Van Buyten dan Dante bakal membentuk gandingan back four bersama Phillip Lahm dan David Alaba. Javi Martinez dan Bastian Schweinsteiger pula mengemudi jentera tengah manakala Toni Kroos pula bertindak selaku attacking midfielder. Thomas Muller dan Frank Ribery pula memainkan peranan di bahagian sayap sementara Mario Manzukic menjadi pilihan selaku center foward.

bayern-munich-vs-arsenal-recordPERCATURAN TAKTIKAL

Arsenal dan Bayern Munich dijangka akan mengunakan formasi biasa 4-2-3-1 dengan penguasaan di bahagian jentera tengah bakal menjadi keutamaan kedua-dua pasukan. Pertembungan ini pastinya menarik dengan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berteraskan ball possesion dan pass accuracy dalam usaha menghasilkan tekanan dari bahagian tengah padang. Namun, The Bavarians dilihat lebih menyengat di bahagian serangan dan kental di barisan pertahanan.

Percaturan menarik Wenger menyaksikan Arsenal dijangka akan banyak melakukan hantaran terus (through ball) dan long ball ke kawasan lawan dalam usaha memerangkap pertahanan Bayern menerusi larian-larian pantas Walcott selaku center foward dibantu oleh Podolski dan Cazorla. Diaby akan cuba untuk mengekang setiap pergerakan daripada Kroos sementara Martinez pula akan cuba merantai gerakan lincah daripada Wilshere selaku playmaker bagi pasukan Arsenal.

Sementara itu, Sagna bakal berhadapan dengan gerakan lincah daripada Ribery yang cukup mengelirukan menerusi gelecekannya manakala Vermaelen pula bakal dicabar oleh Muller. Di barisan pertahanan Arsenal, Koscielny bakal melakukan man marking ke atas Manzukic yang cukup berbisa dalam saingan Bundesliga dengan menjaringkan 15 gol setakat ini. Mertesacker pula bakal bertindak selaku sweeper bagi pasukan Arsenal.

Bayern pula bakal mempertaruhkan Dante bagi merantai pergerakan lincah daripada Walcott sementara Alaba pula bakal berhadapan dengan Cazorla di sebelah kiri pertahanan Bayern. Kapten Bayern, Lahm akan berhadapan dengan gerakan-gerakan daripada Podolski di sebelah kanan pertahanan The Bavarians. Namun, pertembungan menarik pastinya antara Arteta dan Schweinsteiger yang cuba untuk mendominasi penguasaan bola.

Jack-Wilshere-England-vs-BrasilKunci utama pasukan Arsenal pula pastinya menerusi gerakan-gerakan kreatif daripada Wilshere yang bakal merencana serangan ke kubu Bayern. Gandingan Wilshere-Walcott dijangka mampu merobek pertahanan Bayern menerusi hantaran terus seperti aksi perlawanan antarabangsa England-Brazil awal bulan lalu. Sementara itu, kelibat Podolski di sebelah kiri manakala Cazorla di sebelah kanan berperanan dalam mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Senjata rahsia pasukan Bayern Munich pastinya menerusi sepakan percuma serta rembatan dari luar kotak penalti untuk mendapatkan gol kerana memiliki beberapa pemain yang memiliki kelebhan melakukan percubaan jarak jauh. Selain itu, Alaba dan Lahm dilihat cukup berbahaya dalam melakukan overlapping untuk membantu serangan di bahagian sayap skuad bimbingan Jupp Heynckes ini.

BARISAN KEMUNGKINANline-up-Arsenal-v-Bayern-Munich-Feb-2013

Tarikh : 20 Feruari 2013

Masa : 3.45 pagi (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Svein Oddvar Moen (NOR)

Ramalan : Arsenal (2) vs Bayern Munich (0)

FAKTA MENARIK

  • ¬†Arsenal dan Bayern Munich pernah bertemu 4 kali dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini. Kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan menyaksikan Bayern Munich berjaya memenangi dengan aggregate 3-2¬† dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah musim 2004/05.
  • Bayern Munich belum pernah tewas dan dibolosi dalam perlawanan tahun 2013 setakat ini.
  • Arsenal berjaya memenangi 6 daripada 7 perlawanan terakhir di gelanggang sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
  • The Bavarians berjaya menghasilkan perbezaan jaringan paling banyak dengan 9 gol dalam peringkat kumpulan.
  • The Gunners hanya tewas 2 kali dalam 17 perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah di gelanggang sendiri. (kalah kepada Chelsea pada April 2004 dan Manchester United pada April 2009)
  • Bayern Munich tewas dalam empat kunjungan terakhir ke England dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di mana kali terakhir memenangi perlawanan di Old Trafford pada April 2001.
  • Arsenal merupakan pasukan yang paling efisien dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan menjaringkan gol setiap 4.7 percubaan. Namun, Arsenal merupakan pasukan yang paling rendah menghasilkan percubaan (47) dalam kalangan 16 pasukan terbaik.
  • Bayern Munich merupakan pasukan yang menghasilkan percubaan tepat dari luar kotak penalti paling banyak dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan dengan mencatatkan 17 kali.
  • Olivier Giroud telah menghasilkan 4 assist pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di belakang Zlatan Ibrahimovic yang menghasilkan 5 assist.
  • Mario Gomez telah menjaringkan 25 gol daripada 26 permulaan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
  • Lukas Podolski telah menjaringkan 3 gol daripada 3 percubaan tepat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah setakat ini.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply