[SEJARAH] ASAL USUL DAN SEJARAH JERSI ARSENAL

history-of-arsenal-jerseyPakaian pemain bola sepak yang kita lihat pada hari ini telah melaku proses evolusi sejak zaman-berzaman. Bermula dari baju biasa berlengan panjang yang tebal ala pakaian ragbi sehingga ke fabrik yang sintetik yang lebih ringan dan selesa seperti hari ini. Pakaian atau jersi pasukan bola sepak bukan sahaja menjadi identiti kepada sesebuah pasukan tetapi juga menjadi fesyen dan ikutan buat penyokong-penyokong setia.

Sejarah bermula pada 1895, dua tahun sebelum kelab ini menjadi professional kehadiran sekumpulan kecil pemain Nottingham Forest (Fred Beardsley, Bill dan Charlie Parr Bates) menyertai Dial Square FC (nama asal Arsenal) dengan mendapatkan bantuan sebiji bola dan jersi sumbangan daripada Nottingham Forest. Pemilihan warna merah gelap ini adalah sebagai menghargai sebuah sumbangan amal daripada Nottingham Forest sejak penubuhan Arsenal pada tahun 1886.

arsenal-dial-square-jerseyJersi asal ini bertemakan warna merah gelap dengan lengan panang dan mempunyai kolar serta mempunyai tiga butang di hadapan. Jersi ini dipakai bersama-sama seluar pendek putih labuh sehingga ke lutut dan sarung kaki tebal berwarna biru dan putih. Sejak ketibaan pengurus, Herbert Chapman yang digelar sebagai ‘The Great Innovator’ pada 1925 telah mendorong Arsenal melancarkan warna jersi seperti yang kita kenali hari ini.

herbert-chapman-arsenal-1930Herbert Chapman mendapat inspirasi ketika beliau terpandang seseorang yang memakai jaket merah dengan kemeja putih semasa bermain golf dengan kartunis terkenal, Tom Webster yang turut memakai jaket yang sama. Chapman mengambil inspirasi dengan mencipta ‘jalur baru Chapman’ di mana mengabungkan baju berwarna merah manakala kolar berwarna putih dan lengan baju berwarna putih. Chapman juga turut meletakkan lencana kelab di dada sebelah kiri kemeja.

Pada tahun 1950-an, jersi kedua arsenal-fa-cup-1971diperkenalkan untuk membezakan warna dengan jersi pasukan tuan rumah yang jika memiliki warna jersi yang sama.

Pada musim 1963/64, jersi tersebut diubah kepada warna merah keseluruhannya namun langkah ini dlihat tidak popular dan lengan puth kembali pada musim berikutnya.

Dan sekitar tahun 1960-an, kelab menukar material jersi tersebut kepada kepada fabrik kapas tenunan dan logo meriam yang kita kenali hari ini bermula pada 1967. Warna jersi merah putih sekali lagi ditukar pada musim 2005/06 dengan menggunakan jeris merah gelap sempena musim terakhir Arsenal di Stadium Highbury bagi memperingati warna yang telah dipakai pada musim pertama di stadium keramat Arsenal itu pada 1913. Warna jersi ini kembali ke warna asal pada musim berikutnya.

Sementara itu, warna tradisi jersi di tempat lawan ialah kuning biru meskipun Arsenal telah menggunakan jersi hijau dan biru navy buat seketika pada awal 1980-an. Semenjak 1990-an di mana pasaran jersi meningkat, warna jersi di tempat lawan sering ditukar secara kerap setiap tahun. Secara amnya, warna kuning dan biru atau rekaan dua tona biru selain warna emas metalik dan biru navy menjadi pilihan sebagai jersi away Arsenal.

arsenal-henry-pires-vieira-van-persieDengan jersi baru ini, Arsenal berjaya menjulang kejuaraan berganda pertama iaitu juara liga dan Piala FA pada musim 1970/71. Logo pembekal jersi mula diletakkan pada jersi bermula penghujung 1970-an dengan Umbro menjadi pembekal pertama sebelum diambil alih oleh syarikat pembekal barangan sukan dari Jerman, Adidas bermula pada 1986. Arsenal kemudiannya berkerjasama dengan Nike selaku pembekal jersi bermula pada 1994 sehingga kini.

Sementara itu, logo penajaan jersi yang tertera di hadapan jersi mula diwujudkan pada 1981 dengan JVC menjadi penaja pertama Arsenal yang kemudian bertukar kepada Dreamcast dari 1999 sehingga tahun 2002. Seterusnya, O2 pula mengambil alih penajaan jersi sehingga 2006 sebelum Fly Emirates mula menaja jersi Arsenal sehingga 2018.

Incoming search terms:

  • asal usul pakaian sukan
  • sejarah jersi everton
This entry was posted in Sejarah and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply