[PIALA FA] THE GUNNERS BURU TIKET KE SUKU AKHIR PIALA FA 2013

Matchday-Arsenal-vs-Blackburn-FA-CupMenjelang pertemuan pusingan ke-5 Piala FA 2012/13, Arsenal bakal menanti kunjungan Blackburn Rovers di Stadium Emirates malam nanti. The Gunners tidak mahu memandang rendah kemampuan Blackburn dengan bersedia menurunkan kesebelasan terbaik meskipun dihimpit masalah kecederaan yang menimpa beberapa tonggak utama. Sementara itu, Blackburn pula dilihat mahu meneruskan kecemerlangan musim ini untuk mara ke suku akhir.

Arsene Wenger dilihat bakal merombak beberapa pemain dalam skuad utama untuk meberi rehat yang cukup menjelang pertemuan penting Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich Selasa ini. Lukas Podolski, Theo Walcott dan Santi Cazorla dijangka akan direhatkan. Kapten pasukan, Thomas Vermaelen kembali dari kecederaan buku lali dan sedia untuk diturunkan.

Jack Wilshere dan Laurent Koscielny pula akan terus direhatkan meskipun sudah pulih dari kecederaan. Kieran Gibbs pula terus direhat untuk tempoh empat minggu akan datang kerana kecederaan paha. Carl Jenkinson pula akan menjalani pengantungan satu perlawanan kerana menerima kad merah ketika menentang Sunderland hujung minggu lalu sementara Ignasi Miguel dan Francis Coquelin akan berada di bangku simpanan.

Pasukan Blackburn Rovers di bawah kendalian Michael Appleton tidak menghadapi masalah kecederaan yang serius dan dijangka akan menurunkan kesebelasan utama yang seri 1-1 ketika menentang Brighton dalam saingan Liga Kejuaraan. Namun, pengurus Blackburn akan merehatkan DJ Campbell dan Morten Gamst-Pedersen dengan digantikan oleh Jordan Rhodes serta Colin Kazim-Richards.

Arsenal dijangka akan menurunkan Wojciech Szczesny selaku penjaga gol utama. Thomas Vermaelen akan kembali bergandingan bersama Per Mertesacker selepas diketepikan ketika Arsenal menewaskan Sunderland 1-0. Sementara itu, Bacary Sagna kembali mengisi posisi bek kanan dan Nacho Monreal pula selaku bek kiri. Abou Diaby dan Mikel Arteta akan bergandingan selaku defensive midfielder.

Pemain tengah berpengalaman, Tomas Rosicky pula dijangka akan bertindak selaku attacking midfielder mengantikan Santi Cazorla sementara Oxlade-Chamberlain dan Gervinho akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Theo Walcott dan Lukas Podolski. Penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud pula akan terus dikekalkan selaku center foward untuk merobek gawang Blackburn Rovers.

Di kem Blackburn pula, penjaga gol muda, Jake Kean dijangka akan mengemudi gawang Rovers. Gael Givet dan Scott Dann bertindak selaku center back dengan Bradley Orr beraksi di posisi bek kanan serta Martin Olsson selaku bek kiri. Danny Murphy dan Jason Lowe mengemudi barisan tengah sementara Kazim-Richards dan Marcus Olsson pula bertindak di bahagian sayap. Duo penyerang, David Goodwillie dan Jordan Rhodes akan menjadi pertaruhan Michael Appleton.

PERCATURAN TAKTIKAL

Arsenal bakal mengharap kepada sentuhan Rosicky dalam merencana serangan dengan dibantu oleh Diaby yang bakal bertindak selaku box-to-box midfielder dan Arteta selaku deep lying-playmaker. Sementara itu, fokus pastinya tertumpu kepada gerakan-gerakan lincah Chamberlain di bahagian sayap kanan yang bakal berhadapan dengan Martin Olsson dibantu oleh Gervinho yang kembali dari kejohanan AFCON 2013 dua minggu lalu.

Percaturan di bahagian tengah pastinya menarik dengan pertembungan dua pemain berpengalaman, Arteta dan kapten Blackburn, Danny Murphy yang bakal menentu hala tuju pasukan masing-masing sementara Diaby pastikan mengawasi pergerakan atas Lowe. Monreal yang cemerlang dalam 2 perlawanan terdahulu pula berdepan ujian sebenar dengan cuba untuk mengekang serangan dari Kazim-Richards.

Sementara itu, Vermaelen pula bakal melakukan man marking ke atas Rhodes yang cukup berbisa dengan meledak 20 bersama Blackburn setakat ini manakala Mertesacker bertindak selaku sweeper. Di barisan pertahanan Blackburn, Givet selaku stopper pula akan cuba untuk merantai pergerakan Giroud yang cukup berbahaya terutama menerusi tandukan sementaran Dann bertindak sebagai last man.

BARISAN KEMUNGKINAN

line-up-Arsenal-v-Blackburn-Feb-2013Tarikh :16 Februari 2013

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Mike Dean

Ramalan : Arsenal (2) vs Blackburn Rovers (0)

FAKTA MENARIK

  • Pertembungan ini merupakan pertemuan ke-120 antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama pada 1901 di mana Arsenal berjaya memenangi 58 perlawanan dan 30 menjadi milik Blackburn manakala 31 berakhir dengan keputusan seri.
  • Dalam 2 pertembungan Liga Perdana Inggeris musim lalu, sebanyak 15 gol telah terhasil di mana Arsenal tewas 3-4 kepada Blackburn di Ewood Park namun berjaya membelasah Blackburn 7-1 di laman sendiri.
  • Arsenal hanya tewas sekali dalam 7 perlawanan terakhir di Stadium Emirates.
  • Blackburn Rovers masih berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tahun 2013 dan hanya melepaskan 2 gol dalam 5 perlawanan terakhir.
  • Arsenal tidak pernah tewas dalam 34 perlawanan kepada kelab bawahan sejak 1996.
  • Blackburn Rovers belum dibolosi dalam saingan Piala FA setakat ini.
  • Dalam 17 perlawanan terakhir dikendalikan oleh Mike Dean, Arsenal hanya memenangi sekali sahaja.
  • Penyerang Blackburn, Jordan Rhodes menjaringkan 9 gol daripada 10 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply