[PERSPEKTIF] WILSHERE PEMAIN YANG DINAMIK – SCHWEINSTEIGER

Jack_Wilshere_vs_Man_City_2012Perancang tengah Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger percaya bahawa Jack Wilshere yang sangat dinamik kini merupakan salah seorang pemain tengah terbaik di dunia. Pemain antarabangsa England berusia 21 tahun kembali dari rehat panjang lebih 14 bulan sejak Oktober lalu namun berjaya kembali ke prestasi terbaiknya. Schweinsteiger mengakui persembahan Wilshere bakal memberi impak besar kepada corak permainan The Gunners dalam perlawanan awal pagi nanti.

“Jika anda melihat Jack Wilshere, dia merupakan pemain yang cemerlang,” kata Bastian Schweinsteiger.

“Dia (Wilshere) telah diketepikan kerana kecederaan untuk jangka masa panjang tetapi kini dia kembali dengan menunjukkan kualiti yang baik di bahagian serangan.”

“Saya tidak rasa seorang pemain mencerminkan keseluruhan pasukan. Di posisinya, dia merupakan salah seorang pemain terbaik pada masa kini.”

Jack-Wilshere-Swansea-vs- Arsenal“Dia (Wilshere) merupakan lawan yang sukar. Sudah tentu kami akan cuba meminimumkan peranannya di dalam perlawanan (nanti) tetapi jangan lupa Arsenal merupakan pasukan yang sangat baik dan mempunyai 10 pemain lain yang bagus.”

“Apa yang saya mahu katakan Jack Wilshere memiliki pergerakan yang sangat baik, dia sangat dinamik dan mempunyai kaki kiri yang bagus.”

“Dia memiliki mata yang sebenar untuk melihat pemain-pemain di sekelilingnya. Saya katakan dia mempunyai bakat semulajadi,” kata pemain tengah berusia 28 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.