[PERSPEKTIF] THIERRY HENRY PEMANGKIN PENINGKATAN PRESTASI WALCOTT

Theo-Walcott-with-Thierry-HenrySememangnya tidak dapat dinafikan persona Thierry Henry bersama Arsenal cukup kuat meskipun sudah lama meninggalkan Stadium Emirates sejak Jun 2007. Musim sejuk lalu, Henry melakukan kepulangan sensasi secara pinjaman dari kelab MLS, New York Red Bulls selama 6 minggu sempena cuti pra-musim. Namun, kepulangan penjaring terbanyak Arsenal sepanjang zaman itu memberikan kesan mendalam kepada Theo Walcott.

Thierry Henry (35) kembali menjalani latihan bersama Arsenal pada Disember lalu dilihat berjaya memberi impak kepada kualiti dan persembahan Walcott. Lantaran itu, penyerang antarabangsa England berusia 23 tahun itu berharap agar Theirry Henry dapat kekal lebih lama di Stadium Emirates yang berjaya meningkatkan prestasi pemain-pemain muda Arsenal.

“Bersama dia (Henry) merupakan detik terbaik dalam hidup saya. Walaupun bukan untuk tempoh masa yang lama bersama kami, tetapi saya sangat gembira kata Walcott kepada The World Game.

thierry-henry-advises-Theo-Walcott“Saya banyak belajar daripada dia, seorang pemain yang kaya dengan pengalaman. Satu perkara yang pasti, apa yang diberikan olehnya menjadikan saya lebih baik pada ketika ini.”

Peningkatan yang dipamerkan oleh Walcott diakui oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Musim ini, penyerang berusia 23 tahun muncul selaku penjaring terbanyak dengan mencatatkan 11 gol dalam 21 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Peningkatan persembahan Theo Walcott turut mendapat pujian daripada pengurus skuad kebangsaan England, Roy Hodgson yang disifatkan cukup berbisa dan sukar dikawal dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Brazil awal pagi tadi

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply